View: 10302|Reply: 42
|
psoriasis plus rhumatoid athritis.ada penawar tak?
[Copy link]
|
|
Salam.sekadar bertanya ade sesape yang terbace produk or treatment yg sesuai tuk both penyakit nie psoriasis + rhumatoid athritis.sbab dua2 penyakit nie jadi skali.start dengan psoriasis then terus effect sendi.so harap korang dapat respon tuk this thread ok.i'm just asking on behalf person yang dah mengidap penyakit nie hampir 17 tahun.pleaseee. |
|
|
|
|
|
|
|
mak saya nengidap rhumatoid athritis ni. sekarang rawatan buat kat serdang. dokter cakap penyakit seumur hidup dan adalah keturunan. Hanya ada ubat penahan sakit rasanya ada la supplement yang brand kordel tuh x ingat nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kupang bantu atasi masalah artritis
John E. Croft bersama NT-Flam yang berasaskan kupang.
--------------------------------------------------------------------------------
JIKA disebut penyakit sendi atau artritis, ia adalah salah satu masalah kesihatan yang amat ditakuti orang dan cuba dielak sepenuhnya.
Artritis boleh didefinisikan sebagai kehilangan 'cecair pelincir' penting bagi melancarkan pergerakan sendi seluruh badan terutama bahagian lutut dan siku hingga menimbulkan kesakitan kepada penghidapnya apabila berjalan atau bergerak.
Punca masalah ini banyak namun hasil kajian yang dibuat pakar kesihatan menunjukkan antara penyumbang utamanya adalah aktiviti kecergasan secara kerap, umur yang semakin meningkat dan tekanan minda.
Pada peringkat serius, ia akan menyebabkan penghidapnya tidak mampu bergerak atau berjalan dan menyebabkan sendi membengkak.
Pakar saintis perairan laut dari New Zealand, John E. Croft,, setiap individu berpotensi mendapat artritis sama ada menjalani gaya hidup sihat atau sebaliknya.
"Penyakit artritis terbahagi kepada dua jenis iaitu Rheumatoid yang dihidapi sejak kecil dan Osteo yang menyerang individu apabila mereka meningkat tua.
"Kebiasaannya faktor umur menjadi penentu seseorang mendapat artritis terutama bagi yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.
"Namun mereka yang aktif melakukan aktiviti kecergasan atau lasak seperti memanjat gunung, merentas hutan dan ahli sukan juga berpotensi besar mendapat masalah itu kerana kerap menggunakan sendi secara maksimum dan melakukan regangan otot," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia baru-baru ini.
Beliau berada di Kuala Lumpur bagi memperkenalkan produk hasil daripada kajiannya, NT-Flam Joint Formula (NT-Flam), iaitu ekstrak daripada kupang (mussel) dari New Zealand
Produk edaran Nuvanta Sdn. Bhd. (Nuvanta) itu membantu menghentikan kesakitan akibat artritis hanya dalam tempoh antara tiga hingga enam minggu.
Croft berkata, NT-Flam dihasilkan sepenuhnya daripada ekstrak kupang yang hanya terdapat di perairan laut New Zealand.
Beliau mula menjalankan kajian ke atas khasiat hidupan laut itu sejak tahun 1972 apabila dipelawa membantu syarikat pengkaji produk laut.
Katanya, kajian itu juga bertujuan membantu pesakit artritis yang semakin bertambah di seluruh dunia dan menderita akibat masalah berkenaan.
"Kupang mengandungi khasiat dan galian yang mampu membantu mengurangkan kesakitan sendi. Ini mendorong saya memulakan kajian untuk mengetahui sejauh mana ia mampu membantu menghentikan penyakit artritis.
"Proses menghasilkan produk ini mengambil tempoh lama dan dijalankan menggunakan teknologi tinggi bagi mendapat keputusan terbaik berhubung keberkesanannya," katanya.
Ujarnya, setiap benih kupang yang ditabur di perairan laut New Zealand mengambil masa lebih setahun untuk membesar sepenuhnya.
Menurut Croft, selepas dikutip proses mengumpul cecair di dalam kerang hijau akan dijalankan menggunakan teknologi canggih dalam tempoh satu jam setengah.
"Banyak proses lain dilakukan termasuk menyejuk beku cecair tersebut yang dijalankan selama 12 hingga 16 jam sebelum ia dikeringkan dalam tempoh 23 jam untuk menukarkannya ke dalam bentuk ekstrak," katanya yang juga terkenal dengan panggilan Mr. Musle di New Zealand kerana kejayaannya.
Selepas produk itu terhasil, katanya, beliau sendiri mencubanya dalam tempoh tertentu bagi mengetahui sejauh mana keberkesanannya.
"Sembilan tahun lalu saya juga mengalami artritis hingga seluruh sendi badan sakit apabila bangun tidur dan bergerak, namun selepas mengamalkan pemakanan produk ini ia berkurangan dan sembuh sepenuhnya.
"Kini pada usia saya 77 tahun, saya amat gembira dengan kehidupan dilalui dan bebas melakukan aktiviti lasak serta mengembara ke seluruh dunia sama ada untuk melancong atau memberi ceramah," tambahnya.
Menurutnya NT-Flam, bertindak seolah-olah 'minyak pelincir' yang membantu melancarkan pergerakan sendi seseorang terutama yang sudah kering hingga berlaga atau berbunyi sehingga menimbulkan kesakitan.
Selain mengurangkan sakit dan bengkak, ia turut melindungi kerosakan tulang rawan dan membantu membinanya semula.
"Selepas sakit berkurangan pengguna boleh mengurangkan kuantitinya atau berhenti terus. Namun dalam jangka masa panjang apabila umur meningkat atau melakukan aktiviti lasak, mungkin artritis akan kembali menyerang jadi lebih baik meneruskan pengambilannya sebagai makanan tambahan harian," katanya. - FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN |
|
|
|
|
|
|
|
Baik jumpa Rheumatologist...pakar sendi..
pasal kalau psoriatic Athritis yang teruk kena amik ubat yang powerr seperti Arava, Humira, enbrel, remicade dll....
tapi 'nothing is for nothing in this world'....
ubat2 tersebut ader side effect nyer.....sila rujuk pakar sendi... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh cuba Arthrid utk sakit sendi and derma-x utk psoriasis |
|
|
|
|
|
|
|
derma-x dah cuba.ada produk lain y tak guna bahan kimia?.tuk lain2 komentar.thanx a lot.klu da lg info ble kongsi lagi ek. |
|
|
|
|
|
|
|
6# princebalkan
dah check your PM belum? Call la Dr tu, perubatan dia 100% no chemical or herbs...
kita berusaha, kalau rezeki ada dan dgn izinNYA jua, insyaallah bolehla dikurangkan sakit dan penderitaan tu. Saya yakin Dr tu dpt membantu, sebab saya salah seorang pelanggan tetap dia |
|
|
|
|
|
|
|
sakit psiorasis ni amat2 susah nk ubati...
kena jaga pemakanan...seafood, and benda2 gatal dijauhkn...insyallh dpt di kurangkan....
sakit sendi ni cuba ambik minyak ikan... |
|
|
|
|
|
|
|
takutnya penyakit sendi mcm ni..
aku aritu saspek rheumatoid ni tapi tengok2 just gout
ape2 pon cod liver oil or minyak ikan helps
ubat2 dmard which helps with the remission of the disease
itupon x tentu gak |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Monavie Active dan Monavie Gel
Selamat, Semulajadi, pilihan terbaik
Ramuan tambahan didapati didalam Monavie active
“Cetylated Fatty Acids” merupakan adunan asid lemak asas yang perlu untuk membantu memperbaiki fungsi dan mengurangkan kesakitan bagi mereka yang menderita kesakitan akibat arthritis. Ianya juga menghalang daripada kesakitan atau radang dengan cara merencatkan enzim yang boleh menyebabkan radang.Osteo-arthritis disebabkan oleh tindakan enzim proteolytic yang berlebihan, boleh mengakibatkan kerosakan tisu.
“Cetylated Fatty Acids” merupakan ramuan semulajadi yang dilapurkan secara saintifik dapat mengurangkan radang dan kesakitan tanpa kesan sampingan.Jurnal antarabangsa iaitu journal of Rheumatology telah dua kali menerbitkan tentang kelebihan Cetylated Fatty Acids yang dapat menyediakan sel muda yang elastic, membantu memudahkan tindakan”kusyen” pada tulang dan sendi,serta member manafaat pada system kumulatif dan pemulihan pada masalah kita.
“Glucosamine”ialah bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga boleh diperolehi secara komersial sebagai ekstrak bahan semula jadi (100% vegetarian). Penggunaannya secara tetap dapat mengekalkan cecair pelican pada bahagian sendi,menggalakkan kefleksibelan( flexibility), menyediakan lingkungan yang selesa untuk pergerakkan sendi dan rawan yang sihat. Ini boleh menghalang sendi dari rosak. |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
try sonotron...
gi kat laman web panmedic..
okay |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
|