CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 1

[Kelantan] 'Raja CCTV' Kota Bharu

[Copy link]
Post time 23-1-2022 12:38 PM | Show all posts |Read mode

KOK Hiang sering berkongsi rakaman video CCTV berkualiti tinggi di laman Facebooknya.

Kota Bahru: Kebiasaannya mereka yang memiliki hobi akan melakukan aktiviti kegemaran itu pada waktu senggang untuk menghiburkan atau memberi manfaat seperti punca pendapatan tambahan kepada diri sendiri serta keluarga.

Bagaimanapun, berbeza dengan minat Yu Kok Hiang (he) yang banyak membantu ahli keluarga atau mangsa kemalangan selain memudahkan pihak berkuasa seperti polis membuat siasatan lanjut jika berlaku jenayah di bandar ini.

Bantuan tanpa sedar itu dilakukan menerusi minat juruteknik komputer dan kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan merakam video berkualiti tinggi yang dipasang di beberapa lokasi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Dikenali sebagai Yu KH dalam kalangan warga maya, laman Facebook milik lelaki berusia 55 tahun itu sering menjadi tumpuan kerana video CCTV perkongsiannya memiliki kualiti imej tinggi, sekali gus membantu pihak berkuasa mengenal pasti punca kejadian kes kemalangan atau jenayah.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Kok Hiang mengakui tidak menyangka perkongsian videonya berjaya meraih perhatian ramai hingga membantu masyarakat serta pihak berkuasa menyelesaikan pelbagai kes.

"Saya tiada latihan atau kemahiran teknikal dalam bidang ini, tapi saya suka kaji pelbagai jenis CCTV seperti spesifikasi dan perisian yang sesuai untuk menghasilkan video CCTV yang berkualiti.

"Sekitar 2017, berlaku satu kes ragut di bandar ini, saya kongsi rakaman CCTV itu di Facebook, tiba-tiba rakaman tersebut tular kerana ramai kagum dengan kualiti rakaman video yang akhirnya membantu polis mencari peragut terlibat," katanya.

Bercerita lanjut, Kok Hiang berkata, ketika ini beliau memantau keadaan Kota Bharu melalui 50 hingga 60 buah CCTV dipasang di pelbagai lokasi di sekitar bandar tersebut.

"Semua CCTV itu bukan milik saya seorang, saya hanya memiliki 10 CCTV dan selebihnya milik individu, premis perniagaan, sumbangan orang ramai dan sebuah syarikat sistem keselamatan.

"Semua rakaman CCTV dihubungkan ke GeoVision Control Centre di rumah saya menerusi perisian GeoVision atas kebenaran semua pemilik kerana mereka mahu berkhidmat kepada masyarakat dalam menjaga keselamatan bandar ini," kata bapa kepada empat cahaya mata ini.

Mengulas lanjut mengenai kualiti video perkongsiannya itu, Kok Hiang berkata, imej itu diperoleh daripada pelbagai jenis jenama CCTV termasuk Titanus IP yang memiliki megapixel tinggi namun perisian kamera litar tertutup itu antara faktor penentu menghasilkan rakaman video berkualiti.

"Dalam masa sama, pusat kawalan CCTV di rumah saya ini menggunakan server kerana kaedah itu mampu menjadikan kualiti rakaman lebih baik, selain saya turut menggunakan gaming motherboard dan kad grafik yang agak mahal untuk meningkatkan lagi kualiti imej rakaman CCTV. "Atas sebab itu, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila saya berbelanja RM100,000 untuk semua sistem CCTV ini sejak 2005," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 07:16 PM | Show all posts
wah...terbaik modal pun byk...auto follow fb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.107394 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list