CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 0

[Terengganu] Ops Penyu: JPNT tahan 4 bot nelayan

[Copy link]
Post time 2-2-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode

PENYU Agar Juvenil (anak penyu) ditemuI mati dipercayai akibat termakan plastik di Pantai Pulau Kerengga, 13 Januari lalu. FOTO Bernama

Kuala Terengganu: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) menahan empat bot nelayan tempatan dalam Ops Penyu yang menyasarkan penggunaan pukat pari dan pukat tunda musim tengkujuh (PTMT) tanpa kebenaran.

Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, operasi tersebut yang dijalankan selama dua hari bermula 5 pagi semalam hingga 3 petang tadi membabitkan 15 anggota Unit Perlindungan Sumber (Penguatkuasa) Negeri Terengganu.

Beliau berkata, bot pertama ditahan pada 7.30 pagi semalam pada jarak 0.3 batu nautika dari Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu kerana menjalankan aktiviti pukat tunda musim tengkujuh tanpa kebenaran.

"Seterusnya bot kedua dan ketiga ditahan di perairan Marang kerana pelbagai kesalahan antaranya melanggar syarat lesen dan tidak memasang peranti penyisih penyu (TED).

"Dalam operasi tersebut juga, kami menahan sebuah bot pukat jerut ikan zon C di perairan Pulau Tenggol, Dungun kerana menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seekor anak penyu terperangkap di dalam peralatan pukat tunda yang digunakan pada satu daripada empat bot yang ditahan.

Ruzaidi berkata, kesemua bot tersebut dibawa ke Pengkalan Pulau Kambing untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 mengikut Seksyen 11(3)(a) iaitu mengendalikan peralatan tanpa lesen yang sah, 11(3)(b) kerana memiliki peralatan tanpa suatu lesen yang sah dan Seksyen 8(b) iaitu melanggar syarat lesen.

"Setakat ini, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu telah merekodkan 17 kes kematian penyu bagi bulan Januari iaitu 16 ekor penyu agar dan seekor penyu lipas.

"Kami memandang serius kes kematian penyu ini kerana kebanyakannya mati disebabkan kecuaian manusia seperti pembuangan sampah terutama plastik, penggunaan pukat yang tidak dibenarkan, pembuangan pukat yang rosak (ghost net) ke laut dan perbuatan khianat," katanya.

Tambahnya, setiap tahun, pelbagai program pendidikan dilaksanakan bagi memberi penerangan dan kesedaran kepada orang awam terutama pengusaha sektor pelancongan dan nelayan supaya bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga haiwan marin ini yang memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem di lautan.

Justeru, orang awam diseru untuk melaporkan sebarang penemuan penyu yang masih hidup atau mati dengan menghubungi hotline Fishcom di talian 03-8870 4058 atau Pejabat Perikanan Daerah berhampiran bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051648 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list