CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 2

[Kelantan] Pemandu jengkaut buat silap, tiga beranak hilang rumah

[Copy link]
Post time 6-2-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Krai: Kesilapan pemandu jengkaut menyebabkan tiga beranak di Kampung Kenor, Bukit Lanjut di sini, terpaksa menumpang teduh di rumah saudara mara.

Rumah yang sedia daif dihuni Asmawi Abdullah, 43, bersama dua anaknya yang berusia 13 dan 15 tahun musnah sekelip mata akibat dihempap pokok petai dan pokok durian.

Dalam kejadian 7.15 malam Rabu lalu, Asmawi berkata, pemandu jengkaut sedang melakukan kerja mengorek tanah untuk menumbangkan dua pokok yang sudah tua itu bagi membina sebuah kediaman kecil buat sepupunya.

"Ketika itu, saya dan ahli keluarga lain berada di luar rumah sambil memerhatikan kerja itu dilakukan dan secara tiba-tiba kedua pokok itu tumbang ke arah rumah saya.

"Memandangkan saiz rumah yang agak kecil, boleh dikatakan keseluruhan ruang musnah dan tidak boleh diselamatkan lagi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Asmawi berkata, rumah yang mempunyai satu bilik itu adalah peninggalan orang tuanya yang dibaik pulih dengan hanya menggunakan kepingan zink sebagai dinding dan cukup-cukup untuk memuatkan mereka tiga beranak.


ASMAWI melihat rumahnya yang musnah akibat dihempap dua batang pokok. FOTO Siti Rohana Idris

Katanya, sudah empat hari mereka menumpang di rumah saudara memandangkan kedua pokok itu masih belum dialihkan dan tiada kewangan yang mencukupi untuk membaik pulih atau membina kediaman lain.

Dia yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah rendah dan hanya memperoleh pendapatan sekitar RM900 berkata, jika proses mengalihkan dua batang pokok itu dilakukan, dia hanya mampu membayar upah secara ansuran.

"Isteri bekerja di Kota Bharu dan menetap di sana namun sesekali akan pulang menjenguk kami di sini.

"Saya juga tidak mampu membuat kerja sampingan kerana menghidap kencing manis kronik dan perlu disuntik insulin dua kali sehari," katanya sambil berdoa semoga ada pihak yang sudi tampil membantunya.

Terdahulu, dia menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusinya, Che Norhayati Mohamed yang memberi jaminan akan membantu membina kediaman baharu buat Asmawi dan dua anaknya.

"Setakat ini sudah ada individu yang akan menyumbangkan sedikit dana untuk pembinaan rumah dan saya alu-alukan lagi kepada pihak lain untuk memberi bantuan yang sama agar rumah ini dapat dibina secepat mungkin," katanya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Asmawi di talian 0133788303.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2022 06:47 PM | Show all posts
aduhh....yb mana? bglah skit sumbangan...tunjuk muka skit...ambiklah kesempatan atas kesempitan orang....ish
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 11:39 AM | Show all posts
aduhai kesiannya. umpama sudah jatuh ditimpa tangga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.044382 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list