CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Kelantan] 'Berguru' YouTube

[Copy link]
Post time 9-2-2022 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Siti Nurashakila (kiri) dan Intan Zulsyawani menunjukkan sebahagian minuman yang dijual mereka ketika ditemui Bernama di gerai Kopi Teduh di Taman Maju di sini. FOTO BERNAMA

Kota Bharu: Walaupun hanya berbumbungkan langit dan di bawah teduhan sebatang pokok, gerai Kopi Teduh, di sini, menyajikan kopi yang mempunyai aroma dan rasa setanding jenama terkenal.

Pemilik gerai Siti Nurashakila Zakari, 24, berkata ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila dia sering menonton video mengenai perniagaan berkenaan di media sosial, khususnya aplikasi TikTok.

Katanya, kebanyakan video terbabit dimuat naik netizen dari Indonesia dan Thailand yang menunjukkan masyarakat di sana berniaga kopi yang hanya dibru di atas motosikal.

Menyifatkan perniagaan itu ringkas dan mudah, dia bersama rakan karibnya Intan Zulsyawani Zulkifli, 24, tekad mengaplikasikan perniagaan berkonsep sama di sini, sejak akhir tahun lalu.

"Ia juga tidak memerlukan modal yang besar dan kafe (premis), iaitu kami memulakan dengan modal sekitar RM5,000 sahaja," katanya ketika ditemui di gerai mereka, di sini.

Katanya, trend perniagaan kopi jalanan itu masih kurang popular di Kelantan, sekali gus dapat memberi inspirasi kepada anak muda di negeri ini, bahawa mereka juga dapat berniaga walaupun tidak mempunyai modal besar.

Bercerita lanjut, mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Elektronik Universiti Multimedia itu berkata, YouTube menjadi 'guru' yang mengajar pelbagai resipi sehingga dia dan Intan Zulsyawani berjaya menghasilkan 17 jenis minuman berasaskan kopi dan bukan kopi.

Katanya, bagi mencipta kelainan, mereka memilih kaedah tradisional untuk mengekalkan aroma wangi kopi iaitu dengan menggunakan alat pembru biji kopi Moka Pot.

Malah, katanya, tidak ramai yang mampu menggunakan alat itu kerana cara penggunaannya agak rumit, namun berbaloi kerana dapat mengekalkan rasa 'not' kopi yang memikat hati penggemar minuman itu.

Siti Nurashakila berkata, mereka menggunakan biji kopi berkualiti tinggi iaitu jenis Arabica dari Brazil yang diperoleh daripada pembekal tempatan.

Menurutnya, antara yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah minuman Mesir Kuno Latte yang mengetengahkan rasa kayu manis, selain Nissey Kerek Latte yang menggunakan manisan nira kelapa.

Katanya, antara cabaran dihadapi bersama Intan Zulsyawani, yang juga pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu jika hujan kerana terpaksa memakai baju hujan, selain kurang jualan.

"Walaupun berdepan cabaran terutama ketika musim hujan mahupun ketika ribut, sehingga ada membuatkan khemah kami tercabut, namun ia tidak mematahkan semangat saya dan Intan Zulsyawani meneruskan perniagaan dengan berkonsepkan teduhan secara semula jadi ini," katanya yang meraih jualan hampir RM1,000 sehari.

Menurutnya, dia juga bersyukur kerana dengan adanya pelbagai medium media sosial, mereka dapat mempromosikan Kopi Teduh secara lebih meluas, antaranya menerusi laman Instagram yang kini mempunyai hampir 6,000 pengikut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.133903 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list