CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 0

[Terengganu] Pastikan pembinaan stesen ECRL Kuala Terengganu ikut jadual

[Copy link]
Post time 10-2-2022 06:01 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Terengganu: Pembinaan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini, perlu dipastikan mengikut jadual pelaksanaan projek yang ditetapkan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sebelum ini beberapa proses tertangguh akibat negara dilanda pandemik Covid-19, namun beliau melihat pembinaan stesen ECRL Kuala Terengganu masih dapat "mengejar" masa.

"Hari ini saya melawat stesen ECRL Kuala Terengganu sebab nak lihat macam mana prestasi pembinaannya, sebab difahamkan ada sedikit kelewatan sebab Covid-19, jadi saya buat lawatan mengejut nak lihat kawasan itu macam mana.

"(Tapi) Saya lihat tapak pembinaan stesen ECRL sedang kejar masa (mengikut jadual)... paling penting pastikan jadual pelaksanaan projek tidak terjejas," katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan mengejut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di sini, hari ini.

Katanya, antara beberapa perkara yang mengambil masa agak lama sebelum ini termasuklah proses pengambilan tanah, penyerahan tapak dan beberapa isu teknikal.


Wee turut menyatakan rasa gembira setelah mendapati perkembangan pembinaan projek ECRL di sini, berjalan dengan lancar dan yakin projek berkenaan dapat disempurnakan seperti yang dirancang.

Sementara itu, mengenai lawatan mengejut ke JPJ negeri, beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan mutu penyampaian kakitangan di jabatan berkenaan yang disifatkan sebagai sistematik dan kemas.

"Saya tidak maklumkan kepada pihak pengurusan sehingga hampir sampai ke sini agar dapat lihat dengan lebih natural reaksi kakitangan dan pelanggan," katanya.

Beliau berkata, sistem transaksi tanpa tunai yang dilaksanakan di kaunter-kaunter JPJ susulan penularan wabak Covid-19 juga dilihat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan.

"Saya berharap sistem ini dapat diteruskan walaupun kita sudah berada di luar pandemik... amalan baik ini patut diterapkan, beberapa masalah kecil perlu diselesaikan agar selepas ini pelanggan tak perlu bawa tunai ke kaunter," katanya.

Terdahulu dalam lawatan sehari ke negeri ini, Wee turut menyempurnakan Majlis Perasmian Semula Pejabat MCA Bahagian Marang tengah hari tadi, selepas kerja-kerja membaik pulih pejabat berkenaan siap dalam tempoh setahun setengah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 1.297350 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list