View: 459|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Kerani wanita terpaksa gigit jari
[Copy link]
|
|
Jempol: Kerani wanita kerugian RM9,500 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian sebuah telefon bimbit jenama terkenal secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 24 tahun sebelum itu melayari akaun Apple Store di Instagram pada 20 Mac lalu ketika berada di rumahnya di FELDA Palong Tujuh di sini.
Katanya, mangsa ternampak iklan yang menjual telefon berkenaan dan berminat untuk membelinya sebelum berurusan dengan seorang individu.
"Mangsa kemudian membuat pembayaran melalui pautan yang diberikan di aplikasi WhatsApp berjumlah RM1,300 pada 21 Mac lalu.
"Bagaimanapun pada Isnin lalu, mangsa yang membuat semakan baki akaun mendapati jumlah simpanannya berkurangan RM9,500," katanya hari ini.
Hoo berkata, mangsa kemudian membuat semakan di kaunter bank dan mendapati terdapat empat kali transaksi pemindahan wang tanpa pengetahuan mangsa yang berlaku pada 21 Mac lalu.
"Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bahau dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terpaksa-gigit-jari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|