CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 1

[Johor] Pemandu langgar lari serah diri, direman 2 hari

[Copy link]
Post time 16-4-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Iskandar Puteri: Pemandu kenderaan jenis Toyota C-HR yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan kes kejadian langgar lari di sekitar bandar raya ini menyerah diri awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia 31 itu hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada jam 1.45 pagi.

Beliau berkata, lelaki berkenaan iaitu seorang penjual ikan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara melulu dan membahayakan.

"Selepas suspek hadir ke Balai Polis Trafik, dia ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes langgar lari itu.

"Suspek ditahan reman selama dua hari bermula hari ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada Rabu lalu, pihak polis dimaklum berkaitan kejadian berkenaan pada 10 malam apabila dua rakaman video berdurasi 34 dan 23 saat tular di media sosial.

Rakaman video itu memaparkan dua kejadian berasingan langgar lari dua motosikal yang berlaku di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Air Hitam dan di Persiaran Ledang, dekat sini, 11 April lalu.

Video yang tular menunjukkan kenderaan jenis Toyota C-HR berkenaan merempuh motosikal selepas melakukan pusingan U sebelum meninggalkan lokasi kejadian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... diri-direman-2-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2022 07:00 PM | Show all posts
link sapa ader...carik x jumpe ar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045770 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list