CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Pahang] Gajah jantan Kampung Gol kena tangkap

[Copy link]
Post time 21-5-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang menjalankan operasi memindahkan gajah jantan dewasa di Kampung Gol. FOTO Ihsan PKGK

Jerantut: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di Kampung Gol, di sini semalam.

Haiwan dianggarkan berusia 20 hingga 30 tahun itu sebelum ini ditemui berkeliaran dalam kampung terbabit hingga menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, operasi menangkap gajah dewasa itu yang mempunyai ukuran 15 inci tapak kaki hadapan dilakukan kelmarin selepas menerima aduan penduduk yang melihat haiwan terbabit.

Menurutnya, operasi memindahkan gajah liar terbabit mengambil masa kira-kira enam jam bermula 8.30 pagi.

"Dua gajah denak Kasturi dan Cheri digunakan untuk menarik gajah jantan berkenaan sejauh 40 meter sebelum dipindahkan ke atas lori.

"Operasi memindahkan haiwan terbabit berjalan lancar yang disertai 26 kakitangan PKGK Kuala Gandah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Taman Negara Pahang dan Bahagian Konservasi Ex-Situ.

"Kejayaan menangkap dan memindahkan gajah liar berkenaan diharap dapat menyelesaikan konflik antara haiwan liar terbabit dengan masyarakat setempat hingga meresahkan penduduk.

"Kita memasang mikrocip dan membuat pengukuran morfologi pada gajah jantan bagi tujuan penandaan dan rekod," katanya, di sini semalam.

Beliau menambah, pihaknya memindahkan haiwan berkenaan ke habitat asal di Taman Negeri Terengganu.

Che Ku Mohd Zamzuri berkata, dalam tempoh lima bulan tahun ini PKGK Kuala Gandah sudah memindahkan 16 gajah liar di negeri ini, Johor, Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah.

"Gajah jantan di Kampung Gol ini adalah yang ketiga ditangkap oleh PKGK Kuala Gandah di negeri ini selepas dua gajah liar ditangkap di FELDA Kota Gelanggi Tiga, Jerantut, April lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-gol-kena-tangkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.231419 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list