CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Terengganu] Yakin Terengganu mampu tarik 3 juta pelancong

[Copy link]
Post time 21-5-2022 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Pembangunan sektor pelancongan di Terengganu yang terkenal dengan keunikan makanan serta kaya dengan budaya diyakini mampu menarik tiga juta pelancong seperti disasarkan kerajaan negeri tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keistimewaan yang ada pada Terengganu akan menjadikan negeri itu sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

"Saya amat berbangga dengan pembangunan sektor pelancongan di Terengganu, dengan pelbagai tarikan pelancongan yang unik termasuk Jambatan Angkat yang pernah dinobatkan sebagai ikon pelancongan terbaik pada 2019, saya yakin Kerajaan Negeri Terengganu mampu mencapai sasarannya.

"Seperti mana kempen "Beautiful Terengganu" yang giat dipromosi kerajaan negeri, kita dapat lihat sendiri keunikan dan kecantikan negeri Terengganu," katanya ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Sementara itu, Nancy berkata, Terengganu berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan utama negara kerana kaya dengan kepelbagaian produk pelancongan berteraskan kekayaan alam semula jadi, keunikan budaya dan kesenian, warisan serta tinggalan sejarahnya yang tersendiri.

Katanya, antara kawasan menarik di Terengganu adalah air terjun dan kolam air panas di Besut, Resorts World Kijal, pusat seni ukiran, industri batik dan songket selain memiliki kawasan persisiran pantai terpanjang dan indah sejauh 244 kilometer.

"Justeru itu, amat bertepatan Terengganu dikenali sebagai 'Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Pun Baik-Baik'. MOTAC sebagai agensi utama kerajaan akan terus melaksanakan peranannya, merancakkan semula industri pelancongan negara setelah teruk terjejas akibat Covid-19," katanya.


Jambatan Angkat Terengganu. FOTO NSTP.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-pelancong-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.036315 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list