CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan kenal pasti tanah pertanian terbiar untuk diusahakan

[Copy link]
Post time 21-5-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode

Kursus Penanaman Lada Hitam yang diadakan di Kelantan dan disertai para petani. Foto ihsan Facebook Tuan Mohd Saripudin

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengenalpasti tanah berstatus pertanian yang terbiar untuk diusahakan bagi menjamin sekuriti makanan dalam negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, usaha tersebut akan dilakukan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Pertanian di semua daerah.

Katanya, setakat 2021, sejumlah 1,494.75 hektar unjuran keluasan tanah berstatus pertanian yang terbiar di negeri ini.

“Kita akan adakan kerjasama untuk kenal pasti tanah terbiar di jajahan yang terlibat.

“Seterusnya menyelaras usahawan yang berminat dengan pemilik tanah untuk tanah tersebut diusahakan tanaman pertanian bagi menjamin sekuriti makanan di negeri ini seterusnya negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Ujarnya, unjuran tanah pertanian yang terbiar tersebut termasuk di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak usahakan atas pelbagai faktor kekangan dan ada yang ditarik balik serta ditamatkan pajakan sebagaimana dipersetujui dalam perjanjian dengan syarikat pemaju.

“Tanah tidak diusahakan antaranya kerana terletak di lokasi pedalaman, gagal mengesan pemilik tanah yang hendak diusahakan, infrastruktur seperti jalan ladang ke tanah tersebut memerlukan kebenaran banyak pemilik tanah dan tanah tidak sesuai dengan tanaman yang hendak diusahakan.

“Ada yang memerlukan modal besar bagi kos baja, pekerja dan kawalan serangan hidupan liar selain lebih tertumpu di kawasan Lojing ke Cameron highland kerana iklim yang sesuai bagi sesetangah tanaman,” katanya.


Beliau berkata, pelbagai langkah diambil oleh kerajaan negeri yang selari dengan pembentukan Dasar Agromakanan Negara seperti pelancaran Dasar Pertanian Dan Pelan Tindakan Strategik Pertanian Negeri Kelantan 2021-2025.

“Kerajaan negeri juga melaksanakan pembentukan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, mengadakan kempen-kempen pengeluaran hasil tanaman seperti Kempen Tanam Nyor (kelapa) al-Falah, Kempen Dapur Hijau, Projek Tanaman Hydroponic, Projek Ternakan Ayam dan Projek Ternakan Lembu Ladang.

“Kerajaan juga bersetuju memperuntukkan peruntukan khas bagi plan tindakan bekalan keselamatan makanan negeri,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ar-untuk-diusahakan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035297 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list