View: 395|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pecah tingkap kaunter pandu lalu sebelum larikan wang
[Copy link]
|
|
Tanah Merah: Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin tingkap kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan segera di sini, dengan batu sebelum melarikan sejumlah wang dalam laci di kaunter itu.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.25 pagi tadi disedari seorang pekerja premis itu yang ternampak seorang lelaki mencurigakan dalam restoran terbabit.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, pada masa yang sama pekerja itu juga ternampak kereta jenis Perodua Axia di belakang bangunan premis berkenaan.
"Seorang pekerja lain kemudiannya membuat pemeriksaan di bahagian belakang bagaimanapun lelaki itu sudah melarikan diri.
"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, suspek yang memakai baju T warna biru dan seluar trek paras lutut masuk ke premis itu dengan cara memecahkan cermin tingkap di kaunter pandu lalu menggunakan batu.
"Barang yang hilang adalah wang tunai lebih kurang RM183.50 yang berada di dalam laci di kaunter itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Wan Zulfikri berkata, sebanyak 11 cap jari berjaya dikesan dan puntung rokok yang ditinggalkan di tempat kejadian turut dirampas untuk siasatan lanjut.
Jelasnya lagi, pihaknya sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi pihaknya bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ebelum-larikan-wang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|