CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 1

[Terengganu] Seluar bundle RM15,000

[Copy link]
Post time 22-5-2022 11:17 AM | Show all posts |Read mode

LOKMAN bersama seluar jean Levi’s Big Epack 1954 dibeli dengan harga RM15,000.

Kuala Terengganu: Satu 'kerja gila'. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan kesanggupan seorang peminat pakaian terpakai atau bundle membeli sehelai seluar jean berjenama Levi's dengan harga RM15,000.

Lokman Alias, 39, dari Kampung Tok Molor mengakui seluar jean Levi's Big Epack 1954 itu dibeli pada 2018.

"Saya membelinya daripada seorang kenalan iaitu pengumpul seluar jean Levi's dari Pasir Mas, Kelantan.

"Seluar itu dibeli dengan harga RM15,000 sehelai secara ansuran dan dalam tempoh dua tahun ia habis dibayar.

"Nak beli tunai saya tidak mampu oleh itu pemilik asalnya bersetuju menjual seluar itu secara ansuran kepada saya," katanya.

Tambahnya, dia mengambil masa dua tahun untuk menjelaskan bayaran mengikut kemampuannya pada setiap bulan.

"Saya bayar RM500 hingga RM1,000 sebulan bergantung kepada kemampuan dan akhirnya ia habis dibayar.

"Berbaloi membeli seluar jean Levi's itu kerana nilai dan harganya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Semakin lama ia disimpan semakin ia bernilai dan mahal.

"Terkini seorang peminat dan pengumpul seluar Levi's menawarkan RM18,000 untuk membeli seluar itu, tetapi saya tidak bersedia untuk menjualnya," katanya.

Menurutnya, harga seluar terpakai itu bergantung kepada nilai sentimentalnya tersediri dan ia berharga bagi peminatnya, tetapi tidak kepada orang awam.

"Kebanyakan seluar dan baju bundle yang berharga mahal itu bukan dibeli untuk dipakai, tetapi lebih kepada koleksi peribadi. Seluar jean Levi's yang saya beli itu bukan untuk dipakai, tetapi dijadikan hiasan di dalam kedai bundle saya sekali gus menceriakan kedai," katanya.

Bercerita lagi, katanya, dia berniaga pakaian bundle sejak tujuh tahun lalu dan sanggup berhenti kerja makan gaji untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan itu.

"Saya yakin perniagaan pakaian bundle mempunyai potensi besar untuk maju serta memberi pulangan yang lumayan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... luar-bundle-rm15000
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 07:27 PM | Show all posts
sek sek kenal barey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037301 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list