CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Pahang] Krisis bekalan ayam standard: Pengguna beralih kepada ayam kampung

[Copy link]
Post time 22-5-2022 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Asma tidak memang tangan memenuhi permintaan pengguna yang kini meningkat 100 peratus. NSTP/ROSELAN AB MALEK

JERANTUT: Krisis kekurangan bekalan ayam standard dalam pasaran ketika ini menyebabkan sebilangan pengguna terpaksa beralih kepada alternatif lain, termasuk ayam kampung walaupun harganya lebih mahal.

Penternak ayam kampung organik di FELDA Jengka 8, di sini, Asma Moin, 40, mengaku tidak menang tangan memenuhi permintaan yang meningkat 100 peratus.

"Biasanya, saya menjual kira-kira 100 ekor sehari tetapi kini meningkat hingga 200 ekor sehari, terutama berikutan kekurangan atau ketiadaan bekalan ayam daging standard di Pasar Besar Jerantut sejak kebelakangan ini.

"Malah suami saya, Shahroshaleh Razali, 42, terpaksa membantu saya memproses ayam dan menghantar tempahan kepada pelanggan kerana permintaan yang tinggi," katanya.


Walaupun harga ayam kampung organik lebih mahal berbanding ayam standard, beliau berkata, ia semakin menjadi tumpuan ramai pengguna, termasuk pengusaha kedai makan yang memerlukan bekalan ayam setiap hari.

"Selain itu, ramai juga terpaksa membeli ayam untuk keperluan tidak dapat dielakkan seperti majlis kenduri yang sudah ditetapkan tarikh berlangsung minggu ini," katanya.

Asma berkata, beliau masih dapat menampung peningkatan permintaan pengguna itu kerana memiliki lima reban ternakan dengan kira-kira 5,000 ayam.

Katanya, beliau mula menerokai bidang penternakan ayam kampung organik secara komersial sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kira-kira dua tahun lalu.

"Saya bermula dengan menternak 500 ekor saja tetapi kini mencecah 1,000 ekor untuk satu pusingan, dan bercadang meningkatkannya kepada 2,000 ekor satu pusingan nanti," katanya.

Ditanya mengenai isu kenaikan harga makanan ayam yang tinggi pula, Asma berkata, beliau tidak berdepan masalah kerana ayam kampung organik bukan hanya diberi makan dedak.

Beliau menjelaskan, ternakannya turut diberi makan tumbuhan herba seperti bayam Brazil, ketum ayam, pucuk ubi kayu, napier dan daun betik.

Katanya, ramai pengguna kini beralih kepada ayam kampung organik kerana ternakan itu tidak disuntik, manakala isi pejal dan lembut tanpa perlu direbus sebelum dimasak.

"Walaupun ayam ini mengambil masa antara 60 hingga 70 hari untuk mencapai berat 1.3 hingga 1.8 kilogram, ia bukanlah masalah kerana harga jualannya mencecah RM18 sekilogram," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kepada-ayam-kampung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050500 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list