View: 390|Reply: 0
|
[Kelantan]
Tiada caj bawa keluar kenderaan dari Thailand
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Kerajaan Thailand bersetuju tidak mengenakan sebarang caj selama sebulan bermula 1 hingga 30 Jun ini kepada rakyat Malaysia untuk membawa pulang kenderaan mereka yang berada di negara berkenaan akibat sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu.
Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, beliau dimaklumkan perkara itu semasa mesyuarat yang diadakan bersama dengan 13 agensi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang semalam.
Sehubungan dengan keputusan kerajaan Thailand itu, beliau menggesa agensi yang terbabit segera menguar-uarkan tawaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia, di mana kenderaan mereka masih berada di negara berkenaan.
"Dalam masa sama mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai isu sempadan memandangkan semua pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dibuka kepada kenderaan pada 1 Jun ini.
"Justeru, kerajaan Thailand membuat keputusan untuk tidak mengenakan sebarang caj bagi membolehkan rakyat kita membawa pulang semula kenderaan mereka yang berada di negara berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Jubli Perak Infra Quest Sdn Bhd Tahun 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, rakyat Malaysia yang ada kenderaan masing-masing di negara jiran itu wajar mengambil peluang itu memandangkan tawaran hanya diberikan dalam tempoh sebulan sahaja.
"Jadi saya harapkan terutama rakyat Malaysia yang mungkin ketika PKP sebelum ini tidak dapat membawa pulang kenderaan mereka yang tersadai di Thailand supaya segera melakukannya.
"Jika sebelum ini mereka akan dikenakan caj tertentu sehari, namun dalam keadaan sekarang ini kerajaan Thailand dengan secara sukarela tidak mengenakan sebarang caj untuk rakyat kita mengambil semula kenderaan mereka yang tersadai di sana sepanjang tempoh PKP," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... eraan-dari-thailand
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|