View: 441|Reply: 0
|
[Pahang]
Pencarian Siti Nur Athhiyya Soffea diteruskan
[Copy link]
|
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di sekitar rumah rakit di Bukit Rangin, Kuantan. FOTO Asrol Awang
Kuantan: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum menemukan Siti Nur Athhiyya Soffea Muhammad Sukri yang didakwa hilang ketika majlis hari raya di rumah rakit keluarganya di Bukit Rangin, di sini, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, operasi SAR pada hari kedua juga diperluaskan dalam radius kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.
"Operasi itu turut membabitkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan setakat ini, mangsa belum ditemui dalam operasi pencarian yang digerakkan kira-kira jam 9 pagi tadi," katanya.
Berdasarkan laporan, Siti Nur Athhiyya Soffea, 3, yang memakai baju kurung berwarna merah dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam kelmarin.
Muhammad Sukri memiliki dua rumah rakit di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungkan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-soffea-diteruskan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|