CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

[Terengganu] Pelajar perempuan patah pinggang jatuh jejantas

[Copy link]
Post time 30-5-2022 04:41 PM | Show all posts |Read mode

PELAJAR yang terjatuh dari jejantas. FOTO ihsan pembaca

Chukai: Pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini, cedera parah selepas terjatuh dari jejantas setinggi 10 meter di sekolahnya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, jejantas terbabit digunakan pelajar berkenaan kerana ia menghubungkan dua blok akademik yang terletak di seberang jalan.

"Mangsa dikatakan mahu pergi ke blok bertentangan selepas selesai mengikuti sesi bacaan Yasin dan terjatuh ketika berada di jejantas tersebut pada 7.30 pagi.

"Polis yang mendapat laporan terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini.

Hanyan berkata, akibat kejadian itu, pelajar terbabit dilaporkan patah pinggang dan beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian kerana pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gang-jatuh-jejantas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037528 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list