CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1222|Reply: 24

[Tempatan] Rafizi latih sukarelawan PH hadapi PRU-15 mulai esok

[Copy link]
Post time 1-7-2022 09:59 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Bakal Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan mula menggerakkan program sukarelawan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Melalui gerakan Ayuh Malaysia, bekas Ahli Parlimen Pandan tersebut akan memulakan latihan untuk kumpulan pertama esok di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Kwo Jalan Loke Yew, Pudu di sini dari pukul 2  hingga 5 petang.

“Kita hanya ada tiga hingga empat bulan sebelum PRU akan datang, maka lebih baik kita bersedia dari sekarang. Kita perlu menghidupkan semangat perubahan dalam kalangan rakyat dan ia bermula dengan sukarelawan.

“Kita perlukan sukarelawan daripada pelbagai latar belakang untuk menyumbang kembali. Oleh kerana masa yang singkat, kita perlu menggunakan setiap jam sukarelawan sebaik mungkin,” katanya melalui media sosial.

Tambah Rafizi, sukarelawan akan diberi taklimat mengenai tahap sokongan pengundi yang terkini.

Mereka juga akan diberikan penerangan bagaimana mereka boleh memainkan peranan khusus seperti bertugas sebagai ejen pengundi, menghubungi pengundi melalui telefon dan lain-lain sebelum mendapat tugasan di kerusi-kerusi penting.

“Ini masa untuk bertindak kerana #AyuhMalaysia adalah gerakan kita.

“Sementara kita berharap pimpinan dan parti politik menggandakan usaha mereka, kita juga perlu memainkan peranan,” katanya.

Menurut Rafizi, antara tahun 2016 hingga 2018 seramai 44,000 sukarelawan telah berkhidmat membantu calon-calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14.

Sukarelawan telah direkrut, dilatih dan ditugaskan di seluruh negara terutamanya di 44 kerusi marginal yang menjadi tumpuan kempen Rafizi ketika itu.

“Mereka memainkan peranan penting. Selain menjadi ejen undi (PACA), mereka juga berkempen dari rumah ke rumah dan menelefon berpuluh ribu pengundi atas pagar melalui phone bank.

“Paling penting mereka menghidupkan kempen dengan berkongsi maklumat harian melalui media sosial dan pesanan ringkas,” jelas Rafizi.

Pada PRU-14, PH berjaya mendapat mandat daripada rakyat melalui pelbagai kempen yang hebat.

Pilihan raya pada waktu itu menyaksikan ramai orang muda keluar mengundi PH sekaligus menyebabkan tsunami politik terhadap Barisan Nasional (BN).

Buat pertama kali pentadbiran negara berubah selepas berpuluh tahun BN diberikan kepercayaan mentadbir negara.

Bagaimanapun kedudukan PH sebagai Kerajaan Persekutuan tidak lama dan tumbang hanya selepas 22 bulan berkuasa apabila berpuluh ahli Parlimen bertindak meninggalkan parti tersebut.-MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2022 10:00 PM | Show all posts
mantap arr fizi...

kami nantikan susu formula baru jenama fizi

harap lebih DHA

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja formula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2022 10:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat yang buat analisis failed ni lagi? Haiyaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 08:56 AM | Show all posts
Nenasketum replied at 1-7-2022 11:17 PM
Mamat yang buat analisis failed ni lagi? Haiyaaa

agak2 ada tak forumer2 DAP yag join jadi sukarelawan ni tum??

sbb sekor2 sama je level temberang dgn si fizi ni..

minyak Neptune tu UMNO punya diorang kata..'

sbb UMNO yang naikkan harga..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2022 09:19 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 2-7-2022 09:24 AM

amboi tiru Asyraf Wajdi ke?
tak payahlah  retorik je. pa yg dia juangkan ? dasar PKR?

Pada PRU-14, PH berjaya mendapat mandat daripada rakyat melalui pelbagai kempen yang hebat.

Pilihan raya pada waktu itu menyaksikan ramai orang muda keluar mengundi PH sekaligus menyebabkan tsunami politik terhadap Barisan Nasional (BN).

hmm baguslah otak pangkah ni. yg merasa sekarang yg tak pangkah youlah jugak. sekarang ni lebih  baikkah?

idealisme ape ape bentuk pun akan dietrima baik oleh inexperienced minds, hanya dengan satu aura pemimpin tu,  maka itulah tsunami politik, bila pengalaman kita menjadi guru, then sendiri fikrlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 09:44 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 2-7-2022 09:19 AM
amboi tiru Asyraf Wajdi ke?
tak payahlah  retorik je. pa yg dia juangkan ? dasar PKR?

agak2 pru 15 acik nak undi parti mana??

ke undi adalah rahsia??


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa cam malasssss je nk gi ngundi..
X tahu dah nk undi apa.. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 10:05 AM | Show all posts
epal_putih replied at 2-7-2022 09:46 AM
Rasa cam malasssss je nk gi ngundi..
X tahu dah nk undi apa.. huhu

undi UMNO..

hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiidup UMNO!!!!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Stop lah kempen yg fokus kepada attack personal atau isu peribadi, rasuah etc. Sbb mana2 parti politik yg naik pun sama je masalahnya. Buat lah kempen yg realistik sikit dan berhemah.

Anyway, i pun rase malas nk mengundi dah setakat ni. Last time balik harung jem bagai sekali... hampehhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 10:19 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 2-7-2022 10:13 AM
Stop lah kempen yg fokus kepada attack personal atau isu peribadi, rasuah etc. Sbb mana2 parti polit ...

habis tu nak kempen citer pasal apa??

"lihatlah kucing peliharaan saya?? comel tak??? suke tak???"


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sokseksoksek mengatakan pilihanraya bln 9 or 10 ni. Betulkah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 2-7-2022 10:13 AM
Stop lah kempen yg fokus kepada attack personal atau isu peribadi, rasuah etc. Sbb mana2 parti polit ...

Dah takat tu jr pemikiran ahli politik kita. Umpat kutuk pihak lawan, leak tape, menebalkan poket sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 10:23 AM | Show all posts
allshares replied at 2-7-2022 10:19 AM
Sokseksoksek mengatakan pilihanraya bln 9 or 10 ni. Betulkah?

paling awal bulan 8.. tunggu je la

paling lambat mei tahun depan



elok buat tahun ni... sebab ikut feng shui bangsa etis..

lepas tahun baru Cina tahun depan konfirm DAP kalah sebab taun depan tahun arnab

tahun ni tahun rimau.. jngn main2 feng shui diorang kuat

dah jadi etis pun percaya feng shui

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 2-7-2022 02:19 AM
habis tu nak kempen citer pasal apa??

"lihatlah kucing peliharaan saya?? comel tak??? suke tak??? ...

Kalau itu je level pemikiran you, tak dapekkk den menolong nyeeeee..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 2-7-2022 02:20 AM
Dah takat tu jr pemikiran ahli politik kita. Umpat kutuk pihak lawan, leak tape, menebalkan poket  ...

Kannnnn... sbb tu politikus semua tu sejenis tak malu, muka tebal. Walau kes bertimbun rasuah ke masih diangkat jadi ketua.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 06:55 PM | Show all posts
Mesti stress kelas latihan dia byk formula nak dihafal



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 06:59 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 2-7-2022 06:49 PM
Kalau itu je level pemikiran you, tak dapekkk den menolong nyeeeee..

kalau ikut level pemikiran ko pulak

seronok la semua ahli politik menabur janji kosong

bila jadi gomen semuanya tak boleh buat

"saya tak sangka saya boleh menang"

memang tak dapek den nak nolong nyo


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 2-7-2022 10:59 AM
kalau ikut level pemikiran ko pulak

seronok la semua ahli politik menabur janji kosong

I tulis komen atas tu realistik kan... maksudnya plan yg boleh di capai la.

You baca ke idok?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.059302 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list