View: 577|Reply: 2
|
Lelaki Ditahan, Ubah Suai Nissan Skyline R32 Jadi Macam Kereta Peronda Polis
[Copy link]
|
|
Pemilik kereta yang juga merupakan peniaga aksesori kereta dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai diambil. - Gambar/ FB Traffic Info Crew
SEPANG: Sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis dirampas manakala pemiliknya ditahan semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan kereta awam itu menerusi satu video TikTok berdurasi 13 saat, difahamkan menyertai pameran automotif Art of Speed Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.
Turut dirampas kunci kereta itu dan slip penyertaan pameran berkenaan.
"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan tugas. Siasatan masih diteruskan," katanya.
Beliau berkata pemilik kereta berumur 45 tahun yang juga merupakan peniaga aksesori kereta dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai diambil.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yg atas tu ke kereta nya?? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
Apa ke bebalnya owner dia? Takkan tak tau, tak boleh? ![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Haa kan sudah mendapat!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
45 tahun, businessman pulak tu, takkan tak tahu yg mana betul yang mana salah.... Ehhh boleh pulak dia senang2 hati gi join ekspo display lagi kereta tu... Apo lah! |
|
|
|
|
|
|
|
Percubaan yg amat berani demi nak promo bisnes |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dia kena tahan polis hangkut dia ke balai naik kereta berangan kuat dia tu ke cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
Karna buduh, badan binasa. |
|
|
|
|
|
|
|
SEPANG - Padah mengubah suai kereta menyerupai kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang lelaki ditahan dalam satu ekspo kenderaan bermotor di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kenderaan jenis Nissan Skyline R32 milik individu terbabit sebelum ini menjadi tular apabila menyerupai kenderaan rasmi polis dalam ekspo tersebut.
Menurutnya, siasatan mendapati Nissan Skyline R32 itu mempunyai logo dan corak menyerupai kenderaan polis.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/04/090340ayl8y8qnsznzbzb6.png) Foto: Sinar Harian
"Siasatan yang dijalankan berdasarkan penularan video di media sosial itu kemudian membawa kepada penangkapan suspek yang merupakan pemilik sebuah kedai aksesori kereta berumur 45 tahun dan merupakan pemilik Nissan Skyline R32 terbabit.
"Tangkapan yang dijalankan kira-kira jam 10.30 malam itu turut merampas sebuah Nissan Skyline R32, satu rangkai kunci dan sekeping slip penyertaan pameran," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, siasatan lanjut berkaitan kes tersebut masih dijalankan dan disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967.
Pada Sabtu, tular satu video menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan sebuah kereta awam menyerupai kenderaan milik polis dalam satu pameran kenderaan bermotor di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
Video berdurasi 13 saat itu dipercayai dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok sebelum ia menjadi tular di media sosial.-CARI
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
kreatif tak bertempat haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|