CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Tempatan] BKM mungkin ditambah bagi bantu rakyat - Ismail Sabri

[Copy link]
Post time 4-7-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode
BKM mungkin ditambah bagi bantu rakyat - Ismail Sabri


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Perasmian Penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak. - NSTP/L Manimaran

PASIR SALAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan kerajaan tidak menolak untuk menyediakan bantuan tunai tambahan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) jika kenaikan harga barangan terus berlaku.

Ia bagi membantu meringankan beban golongan B40 yang terus terkesan dengan kos sara hidup jika harga barang terus meningkat.

Ismail Sabri berkata, ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.

"Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

"Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4," katanya dalam ucapannya pada Kenduri Rakyat pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato' Sagor, di sini, hari ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada majlis perasmian penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak. - NSTP/L Manimaran

Untuk rekod, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyempurnakan gimik penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Litar Dato’ Sagor hari ini. - Foto BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... rakyat-ismail-sabri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.372310 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list