CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Selangor] Polis kesan pemandu Proton Wira terbabit langgar lari

[Copy link]
Post time 19-6-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode

SUSPEK bertindak melarikan diri sejurus kemalangan berlaku manakala mangsa disahkan maut di Hospital Ampang. FOTO ihsan PDRM

Kajang: Polis sedang mengesan pemandu Proton Wira dipercayai terbabit kejadian langgar lari yang membunuh seorang penunggang motosikal berhampiran Sekolah Sungai Serai, hala Batu 14, Hulu Langat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa seorang lelaki berusia 22 yang menunggang motosikal jenis Suzuki FU 150 maut akibat kemalangan jam 8 pagi itu.

"Siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dalam perjalanan menghala ke Batu 14, Hulu Langat.

"Sampai di simpang tiga Jalan Hulu Langat berhampiran sekolah, disyaki sebuah Proton Wira dari arah bertentangan membelok masuk ke simpang sebelah kiri dengan cuai menyebabkan kemalangan itu berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek bertindak melarikan diri sejurus kemalangan berlaku manakala penunggang motosikal terbabit disahkan maut di Hospital Ampang akibat kecederaan dihadapi.

Katanya, usaha mengesan pemandu kereta terbabit sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Nama pemilik Proton Wira terbabit didaftarkan atas nama Sarmadi Noramat dan alamat terakhir yang dikesan oleh pihak polis di alamat No 18, Jalan Watan 12, 68000 Ampang Selangor.

"Sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ammar di talian 018-2586153 atau balai polis berdekatan di daerah Kajang bagi membantu siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rbabit-langgar-lari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.035410 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list