CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 0

Hoki kenduri gol di Sukan Asia

[Copy link]
Post time 26-9-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Hoki kenduri gol di Sukan Asia

PARA pemain negara meraikan kejayaan menewaskan Thailand dengan keputusan 9-0 pada aksi pertama Kumpulan B di Kompleks Sukan Gongshu Canal semalam.


SKUAD The Speedy Tigers enggan mendabik dada selepas memulakan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan langkah kanan dengan menjinakkan Thailand 9-0 pada aksi pertama Kumpulan B di Kompleks Sukan Gongshu Canal semalam.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Arun Selvaraj melabel prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya sebagai ‘sempurna’ apabila tidak mempunyai masalah untuk membelasah skuad Gajah Perang itu.

Kata Arun, banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki anak-anak buahnya sebelum bertemu dengan Oman yang boleh dianggap sebagai ujian sebenar pasukan di venue yang sama esok.

“Ini adalah permulaan yang diinginkan oleh pasukan kami selepas berjaya melakar keputusan 9-0. Lima jaringan gol padang yang dijaringkan juga cukup positif dan memuaskan.

“Namun, masih ada beberapa ruang yang kita boleh perbaiki. Ini adalah aksi pertama dan saya lihat semua pemain cukup bersemangat untuk tampilkan yang terbaik di atas padang,” katanya.

Mengulas lanjut, Arun mengakui perlawanan menentang Oman nanti boleh dijadikan sebagai ‘kayu ukur’ buat pasukan untuk melihat tahap serius barisan pemain untuk merebut slot kelayakan ke temasya Sukan ­Olimpik 2024 di Paris.

“Kita akan pantau aksi pertama Oman petang ini (semalam) dan meneliti aspek taktikal yang bersesuaian sebelum aksi kedua nanti.

“Bagaimanapun, suka untuk saya ingatkan agar pasukan lebih fokus kepada diri sendiri dengan cara kita bermain berbanding menghiraukan tentang pasukan lawan,” katanya.

Pada temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia, skuad negara berjaya meraih pingat perak selepas tewas kepada Korea Selatan di perlawanan akhir.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -gol-di-sukan-asia/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.256364 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list