View: 2219|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Parlimen: Tiada rancangan hapus monopoli Bernas
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang menghapuskan monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebagai pengimport beras di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dasar pengimport utama beras yang sedang dilaksana ketika ini adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.
Katanya, dasar berkenaan adalah mekanisme utama yang memberi keupayaan kepada negara untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa.
MOHAMAD SABU
“Ini kerana dasar pengimport utama adalah mekanisme ‘gatekeeping’ yang berfungsi sebagai benteng bagi melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa.
“Sebarang keputusan mengenai perubahan dasar ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan pesawah, kestabilan dan jaminan bekalan makanan negara serta dasar semasa kementerian,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew [PH-Sibu] mengenai bila kementerian akan menghapus monopoli Bernas dan membenarkan lebih banyak pengimport beras di negara ini.
Menjawab soalan sama ada kenaikan harga Beras Putih Import (BPI) ada hubung kait dengan monopoli Bernas, beliau menjelaskan, ia tidak berkaitan.
Katanya, kenaikan BPI kerana harga pasaran antarabangsa bagi beras itu meningkat sebanyak 60 peratus pada akhir Ogos 2022.
Katanya, sebanyak 19 negara membataskan eksport ke luar negara untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.
“Contohnya, India mengenakan sekatan eksport beras mulai Julai lalu, seterusnya memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih global.
“Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemerosotan kadar tukaran asing Ringgit Malaysia (RM), berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
“Kenaikan harga beras ini bukan saja berlaku di negara ini tetapi turut dirasai secara global,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... us-monopoli-bernas/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|