CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2815|Reply: 0

[Perak] FAMA sasar edar 2,000 metrik tan beras putih tempatan setiap bulan

[Copy link]
Post time 14-10-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Aminuddin meninjau bekalan beras semasa Program Go Cashless@OUTLET FAMA di Agrobazaar Mat Frozen, Padang Tembak, di sini, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

Teluk Intan: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan meningkatkan pengedaran beras putih tempatan (BPT) kepada 2,000 metrik tan sebulan ke seluruh negara termasuk kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli berkata agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu sudah mengedarkan 1,321.6 metrik tan BPT bernilai RM3.37 juta merangkumi 132,160 kampit beras 10 kilogram setakat 10 Oktober lalu.

Menurutnya, lokasi pengedaran BPT yang dilaksanakan oleh FAMA meliputi 35 Pusat Operasi FAMA, 416 outlet Usahawan Bimbingan FAMA, 11 outlet FAMA Corporation Sdn Bhd atau FAMACORP, 726 lokasi kedai runcit dan jualan terus melalui 102 siri Jualan Agro Madani.

"Kami menerima arahan dari menteri (Datuk Seri Mohamad Sabu). Fasa pertama, FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) diarahkan untuk menggunakan outlet masing-masing (untuk pengedaran BPT).

"Fasa kedua, kami diarahkan untuk mengedarkan juga ke outlet lain termasuk kedai runcit. Setakat ini, kita berjaya edarkan 90 peratus BPT ke seluruh negara. Usaha kita tertakluk kepada bekalan yang ada," katanya kepada pemberita semasa Majlis Pelancaran Program Go Cashless@Outlet FAMA di Agrobazaar Mat Frozen, Padang Tembak di sini, hari ini.

Yang turut hadir ke program berkenaan, Ketua Perhubungan Sektor Awam Bahagian Perhubungan Pihak Berkepentingan Payment Network Malaysia Sdn. Bhd (PayNet), Imelda Shubari; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abd Rahman Mahmood dan Pengarah FAMA Perak, Noorsham Ramly.

Pada 9 Oktober lalu, Mohamad Sabu ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat, memaklumkan FAMA dan LPP sudah diarahkan untuk meningkatkan BPT ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar termasuk kedai-kedai runcit.

Mohamad dilaporkan berkata, memandang margin jualan BPT hanya dikenakan sebanyak 50 sen bagi kampit 10 kilogram di peringkat runcit, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan kos pengangkutan kepada pihak FAMA dan LPP bagi pengedaran BPT.

Sementara itu, Aminuddin berkata, pelancaran Program Go Cashless itu bertujuan memberi galakkan kepada usahawan seliaan FAMA supaya beralih menggunakan kemudahan jualan tanpa tunai di premis mereka selaras dengan perkembangan teknologi semasa, sekaligus memupuk penggunaan kaedah pembayaran pembayaran yang lebih mudah, cepat dan selamat.

"Setakat ini, pelaksanaan pembayaran tanpa tunai sudah berjalan di 14 outlet Agrobazaar Rakyat (ABR) di seluruh negara dan empat Pasar Tani Kekal (PTK) membabitkan Johor dan Kedah dengan membabitkan 220 usahawan.

"FAMA menyasarkan keseluruhan 515 outlet FAMA dan 28 PTK di seluruh negara menggunapakai kaedah pembayaran tanpa tunai menjelang akhir tahun ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpatan-setiap-bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.034163 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list