CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6470|Reply: 23

WANITA HAMIL MAUT JATUH GAUNG

[Copy link]
Post time 6-2-2011 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by matabelalang at 6-2-2011 10:25



KEADAAN kereta mangsa selepas terhumban ke dalam gaung di Kilometer 22, Jalan Paka-Bandar AMBS, kelmarin. Gambar kecil, Rodiah.



Kereta dipandu suami terbabas ketika pulang hadiri majlis kenduri kahwin

DUNGUN: Seorang wanita sarat mengandung terbunuh bersama anak dalam kandungan manakala suaminya patah kaki kanan apabila kereta yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung di Kilometer 22, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) di sini, petang Jumaat, 4 Februari 2011.
Rodiah Mohd, 25, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang mengandung lapan bulan, terbabit dalam kemalangan itu apabila kereta dipandu suaminya, Zuhairi Abdullah, 27, dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika pasangan terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar AMBS selepas menghadiri kenduri kahwin rakan Rodiah di Felda Ketengah Jaya dan mangsa meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang di Hospital Dungun.

Mangsa yang diberi rawatan kecemasan mengalami pendarahan dalaman yang teruk sehingga menyebabkan anak dalam kandungan juga maut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya suami mangsa yang mengalami patah kaki kanan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.
Sementara itu, kakak mangsa, Rotina Mohd, 37, ketika ditemui berkata, dia menemui Rodiah minggu lalu dan arwah memberitahu tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya yang bakal dilahirkan bulan depan.

Katanya, mangsa juga memberitahu sudah mempunyai nama untuk bayi yang bakal dilahirkan itu dan membuat persiapan untuk bersalin anak pertama dengan rasa gembira.

“Sebenarnya mangsa sebelum ini pernah mengalami keguguran dan kali ini dia amat tidak sabar untuk menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya,” katanya.

Katanya, arwah juga meminta beliau supaya menjadi pengasuh kepada anak itu kerana ibunya, Jawiah Jusoh, 57, sudah uzur.

“Saya tidak sangka mata sebelah kiri saya yang tidak berhenti-henti berkedip sejak seminggu lalu rupanya membawa petanda akan kehilangan adik yang tersayang,” katanya.

Sumber : Berita Harian
Semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t ... AL-FATIHAH ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 10:44 AM | Show all posts
Al Fatihah..............

***anyway......aku baru je lalu jln ni jumaat lepas.....jln tak berapa elok.....berlubang-lubang....kesan drpd musim banjir akhir 2010.....tp aku rs suami dia ni drive laju....sampai terbalik kura-kura kete tu.....mmg ramai driver yg bw laju gila babeng jumaat baru ni....selamba badak je memotong kat double line......mmg xdok sivik arrr!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 11:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by monreyes at 6-2-2011 13:59

sama la..aku berada di Ganu dari Khamis - Sabtu, sempena cuti CNY...
driver sini mmg ganas2...
termsklah plat kereta Kelantan...
memotong ikut dan je...
mat rempit tgh bdr tak pakai helmet...
perjalanan blk KL mmg ramai merempit...
masa aku makan kat Merang...
brader yg dok kat sebelah aku dgn bangganya bercerita pasal dia merempit kat geng2 dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 12:09 PM | Show all posts
tu lar..buat aper bawak laju2 kalau akhirnya diri sendiri yg merana. dah tau jalan sekarang ni memang byk lubang..yg gi bawak laju jugak tu apasal
al-fatihah buat arwah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 12:21 PM | Show all posts
mat rempit kat ganu nie semua dah gila babi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2011 05:16 PM | Show all posts
Kawasan kemalangan arwah dikatakan berhampiran 'Bukit Sejuk' (gelaran yang diberikan oleh penduduk tempatan) yang mana penuh mistik, 'keras', dan banyak selekoh tajam dan merbahaya ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2011 06:15 PM | Show all posts
aq bru je lalu smlm..jln dye blubng2...smpai lmpu signal pun leh tcabot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2011 12:50 PM | Show all posts
kebanyakkan jalan-jalan di terengganu banyak berlobang-loang ...akibat musim hujan yang berterusan ... banyak kereta yang tersadai tepi jalan sebab nak tukar tayar spare ... kedai tayar apsha pun laku macam 'goreng pisang panas' sebab customer tukar tayar ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2011 01:29 PM | Show all posts
disyorkan supaya lalu jalan pantai je kalo nk gi ke KT dari kuantan......jln lebih elok....cuma trepik light byk skit la......
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 02:27 PM | Show all posts
mmg kalo jalan berlubang korangd rive laju..mcm ala2 terbang la kete korang tu
wata ari2 ulang alik kuala berang-KT ngan jalan x elok ..pg2 tgh2 gelap tu pon org drive 100++km/hr..camne..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 04:28 PM | Show all posts
Jln KT-Kula Berang makin comey doh lenim......tp dok brp nk siap lg......bakal jd 4 lorong 2 hala sepenuhnya mgkin dlm ms 4 thn lg........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 04:19 PM | Show all posts
menurut sumber dalaman, kemalangan berlaku sebelum pejabat mpob di selekoh tajam ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:59 PM | Show all posts
saat ajal sudah tiba, takkan berganjak walau sesaat. yg lain2 hanyalah sebab musababnya kpd kematian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 05:12 PM | Show all posts
Menurut rakan arwah, beliau dikenali dengan panggilan Ain di pejabat KETENGAH ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 07:21 AM | Show all posts
ya Allah sian ker dia.. al fatihah.............
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 09:40 AM | Show all posts
dok wahi lalu jalang area ni......sbb berlubang sana sini......lari alignment keta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2011 09:31 AM | Show all posts
kekadang terfikir jugak kenapa JKR buat jalan selekoh ... bukan ker sekarang nie ada teknologi yang boleh potong bukit, clear hutan, bla bla bla ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 12:18 PM | Show all posts
banyak cerita-cerita mistik dekat kawasan bukit sejuk nie ...
ada yang nampak lembaga hitam, keranda atas jalan, kepulan cahaya bermata merah, dll ...
eeee, seramnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:17 AM | Show all posts
bukit sejuk ni alik mana, ye bukan bukit bauk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 01:38 AM | Show all posts




           















Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.063993 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list