CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36731|Reply: 0

[Selangor] Pengawasan dipertingkatkan kepada perokok di premis makanan

[Copy link]
Post time 30-12-2023 04:27 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertingkatkan pengawasan terhadap mereka yang merokok di premis makanan termasuk restoran.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ini susulan larangan merokok di lokaliti berkenaan masih dikuatkuasakan dan individu yang merokok dinasihatkan mengamalkan penguatkuasaan kendiri.

Jelas beliau, pihaknya bukan mahu menghukum namun sebarang tingkah laku seseorang itu perlu bermula dengan kesedaran.

“Rokok itu boleh namun harus memerhatikan kesesuaian keadaan sekeliling terutama faktor jarak tiga meter dari premis dan penguatkuasaan larangan itu tetap sama dan kita akan pertingkatkan pengawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menziarah pesakit warga emas di Ijok di sini, petang semalam.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di premis makanan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020 dan jika disabit bersalah, pesalah boleh dikompaun RM250. – KOSMO! ONLINEhttps://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -di-premis-makanan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.238412 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list