CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2524|Reply: 0

[Selangor] Suami terkejut bil bedah otak isteri hanya RM258

[Copy link]
Post time 14-1-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Lee dan isterinya di sebuah hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan.

PETALING JAYA – Seorang suami melahirkan rasa terkejut apabila hanya dikenakan sebanyak RM258 bagi kos pembedahan dan rawatan setelah 26 hari isterinya dimasukkan ke hospital kerajaan.

Menerusi hantaran Lee Vi Hua di akaun Facebooknya, dia bersyukur kerana bukan sahaja harga murah, tetapi pembedahan isterinya juga berjalan dengan sangat lancar.

Katanya, isterinya mula mengalami sakit kepala yang teruk sejak Disember lalu sebelum dirawat dengan ubat penahan sakit di klinik.

Setelah mengalami ketidakselesaan berterusan, ujar Lee, dia terus membawa isterinya ke hospital swasta dan terkejut apabila dimaklumkan tentang pendarahan otak yang kritikal.

“Doktor beritahu isteri perlu menjalani prosedur ‘coiling’ otak dengan segera yang mana rawatan itu tidak ada di hospital swasta dan sesetengah hospital swasta sahaja.

“Jadi pada mulanya saya memilih untuk meneruskan pembedahan di sebuah hospital swasta di mana kos pembedahan dianggarkan RM150,000.

“Tetapi rancangan berubah apabila isteri disahkan positif Covid-19 pada 17 Disember, yang memerlukan pemindahan ke hospital kerajaan di Johor Bahru,” tulisnya.

Tambah Lee, pada 23 Disember, mereka berdepan dengan satu lagi cabaran apabila doktor pembedahan dari kedua-dua hospital swasta dan kerajaan sedang bercuti.

Namun, pada 7 Januari lalu, isterinya akhirnya menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar dari hospital selepas dua hari kemudian.

“Pembedahan itu berjaya, dan pengalaman pahit itu akhirnya berakhir selepas perjuangan selama 26 hari.

“Selepas tiga bulan tinggal di hospital dan pembedahan oleh pasukan doktor terbaik, saya terkejut bayaran kami hanya RM258 ketika mendaftar keluar.

“Malaysia sememangnya mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang paling mesra untuk rakyatnya. Sekiranya kami memilih hospital swasta, kosnya mungkin sekurang-kurangnya 1000 kali lebih tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... isteri-hanya-rm258/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.355383 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list