View: 2389|Reply: 0
|
[Selangor]
302,000 suami, isteri ’lawan’ canang aib rumah tangga
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
PETALING JAYA – Kumpulan Facebook Isteri Suami Terabai dan Suami Isteri Terabai 2.0 yang ditubuh pada 2018 secara tiba-tiba tular sejak beberapa minggu lalu sehingga ia menjadi lima carian popular di laman media sosial tersebut.
Hasil semakan Kosmo! di kedua-dua kumpulan itu mendapati, masing-masing mempunyai 195,000 dan 107,000 pengikut dalam kalangan individu berkahwin.
Melihat kepada penerangan yang dikongsikan pengendali kumpulan itu, mana-mana pengikut dilarang menggunakan bahasa kesat atau kurang sopan serta tidak boleh menyebut mana-mana nama individu lain dalam setiap hantaran dibuat.
Selain itu, antara fokus utama penubuhan kumpulan tersebut adalah bagi mendengar isi hati para suami atau isteri yang merasakan dirinya terabai oleh pasangan masing-masing serta membuka ruang kepada mereka untuk bertemu dengan rakan-rakan baharu.
“Untuk yang terabai sahaja. Semoga kebahagiaan milik suami isteri yang terabai.
“Henti dari terus sakitkan diri sendiri. Henti dari terus letakkan harapan pada orang yang salah dan tidak tahu menghargai diri anda,” itulah antara kata-kata pujukan yang dipromosikan oleh kumpulan tersebut.
Dua kumpulan Facebook yang kini rancak mempromosikan ruang untuk para suami dan isteri yang diabaikan pasangan masing-masing meluahkan perasaan.
Dalam pada itu, semakan Kosmo! terhadap hantaran dan luahan yang dikongsikan ahli-ahli dalam kumpulan terbabit mendapati, ramai secara terbuka menceritakan tentang hal-hal mengaibkan pasangan masing-masing termasuklah berkaitan hubungan kelamin.
Selain itu, ada juga yang mencuba nasib mencari pasangan sementara atau teman berhibur dikala pasangan mereka berada di luar negeri atas urusan kerja.
Bagaimanapun, ramai pengguna media sosial yang lain kurang selesa dengan kewujudan dua kumpulan Facebook terbabit kerana ia boleh menjurus kepada hubungan terlarang serta masalah sosial dalam masyarakat.
“Harap pihak berkuasa dan Kementerian Komunikasi kawal penubuhan kumpulan Facebook yang bukan-bukan seperti ini. Sekat kandungan yang menjurus kepada kerosakan akhlak masyarakat negara,” tegas Farid Daud.
“Macam-macam, yang ‘join’ pun aku tengok ‘real account’ (pemilik akaun sebenar). Tak malu kah? Siap cerita hal bawah kain kepada umum,” soal Azhar. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... g-aib-rumah-tangga/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|