View: 2499|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Keadaan bayi minum susu dibancuh air syabu makin sihat
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia empat bulan yang diberi minum susu dibancuh syabu oleh ibunya sudah dibenarkan keluar hospital, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pemeriksaan kesihatan mendapati bayi lelaki berusia setahun empat bulan itu sihat.
"Bayi sudah discaj dari Hospital Kajang pada Khamis lalu dan kini dalam jagaan neneknya.
"Keadaan bayi sudah sihat," katanya kepada BH, hari ini.
Semalam media melaporkan, suami isteri yang sedang khayal dadah diberkas polis di flat didiami di Taman Medan, di sini, Isnin lalu selepas tersilap membancuh susu bayi mereka menggunakan cecair dadah syabu.
Difahamkan bayi lelaki itu dihantar suami isteri berkenaan kepada neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan pada hari kejadian.
Ketika dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal lalu wanita itu bertanya kepada ibu mangsa yang mengakui tersilap membancuh susu bayi menggunakan air syabu milik suaminya.
Susulan itu, polis menahan suami isteri berusia 34 dan 40 tahun bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Mengulas lanjut, Shahrulnizam berkata, kertas siasatan kes berkenaan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada petang ini, untuk arahan lanjut sama ada sambung reman atau sebaliknya.
Katanya, tempoh reman pasangan terbabit akan tamat esok.
https://www.bharian.com.my/berit ... r-syabu-makin-sihat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|