CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4283|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan mohon Kementerian Pengangkutan pertimbang kemasukan bas dari Thailand

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:29 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Kamaruddin Md Nor

Kota Bharu: Kementerian Pengangkutan akan mempertimbangkan kemasukan bas dari Thailand ke Kelantan dalam usaha negeri itu menarik pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor, ketika memaklumkan perkara itu berkata, ia hasil pertemuan beliau dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Khamis lalu.

"Saya sudah berjumpa dengan Anthony dan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan menerusi pertemuan itu, saya menyuarakan situasi yang berlaku.

"Alhamdulillah, perbincangan berjalan lancar dan beliau memaklumkan akan mempertimbangkan berhubung isu kemasukan bas dari Thailand ke Kelantan.


"Justeru, kita jangkakan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan mengenali Menteri, beliau seorang yang aktif dan cepat dalam urusan kerja," katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Kamaruddin turut memaklumkan tahun ini adalah Tahun Melawat Kelantan dan kebenaran kemasukan bas pelancong itu sangat penting buat Kelantan dalam usaha menarik pelancong.

"Justeru, kita mengharapkan keputusan yang positif daripada Kementerian Pengangkutan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kelantan akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung larangan kemasukan bas dari Thailand ke negeri sempadan termasuk negeri itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kemasukan-bas-dari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.065460 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list