CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8865|Reply: 0

[Selangor] Ramai terkejut, penumpang ‘terkandas’ di KKIA

[Copy link]
Post time 18-4-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Suasana di KKIA selepas pengumuman pembatalan beberpaa penerbangan pagi tadi. Foto HANIA RAFEI

PETALING JAYA – Sebahagian daripada penumpang AirAsia Berhad (AirAsia) dan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) hari ini meluahkan rasa kecewa apabila pihak syarikat penerbangan hanya memaklumkan pembatalan penerbangan pada saat akhir berikutan insiden letusan Gunung Ruang di Indonesia.

Penjawat awam, Hania Rafei berkata, ketika sedang berbaris mengikut zon penerbangan masing-masing, secara tiba-tiba terdapat pengumuman mengejut memaklumkan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dibatalkan.

Katanya, terdapat beberapa penerbangan lain turut dibatalkan oleh dua buah syarikat terbabit sehingga menyebabkan ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.

“Sepatutnya penerbangan saya dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dijadualkan pukul 12.25 tengah hari. Kemudian masa tengah beratur nak masuk, dalam pukul 11.52 pagi ada pengumuman maklumkan penerbangan saya dan beberapa yang lain batal.

“Suasana dekat (KKIA) memang jadi agak riuh, dengan pertikaian daripada para penumpang. Ada yang kurang 30 minit lagi nak berlepas pun penerbangan mereka dibatalkan. Ramai yang marah sebab pembatalan mengejut.

“Ramai yang dah simpan bagasi, akhirnya terpaksa berbaris semula untuk ambil bagasi masing-masing, memang sesak dekat KKIA sekarang,” katanya kepada Kosmo!, hari ini.

Menurut Hania, sudah lebih dua jam penumpang yang terkandas berada di ruang menunggu bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai penerbangan mereka.

“Sekarang kami (penumpang) masih menunggu pengumuman terkini. Setakat ini belum ada dibuat dari pihak syarikat penerbangan,” katanya.

Sementara itu, semakan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai penumpang terpaksa berpatah balik ke rumah masing-masing gara-gara penerbangan mereka dibatalkan.

Pengguna Facebook, Mac Ruhayu memaklumkan dia dan keluarga sepatutnya terbang ke Kuala Lumpur pagi tadi dari Sarawak, namun terpaksa berpatah balik ke rumah disebabkan penerbangan mereka dibatalkan saat akhir.

“Dah sampai lapangan terbang kena patah balik rumah,” katanya ringkas.

Terdahulu, Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan dari dan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak hari ini berikutan letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara.

Sementara itu, Air Asia turut mengambil langkah sama dengan membatalkan berapa penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sabah.

Menurut kenyataan AirAsia, syarikat telah memaklumkan kepada semua pelanggan yang terkesan dan mereka digalakkan untuk memeriksa e-mel dan telefon bimbit masing-masing bagi notifikasi pembatalan penerbangan itu. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -penerbangan-batal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.735024 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list