sinopsis please...
annehuda Post at 22-3-2011 12:28
sinopsis ringkas je ye..
2 orang petani adik beradik Natha dan Budhia buntu bila tanah mereka terpaksa dijual kpd kerajaan sebab mereka xmampu bayar hutang.
Masa nak pinjam duit dr ketua kampung, mereka terdengar ada skim baru kerajaan.
Di mana dlm skim tu, petani yang bunuh diri akan dapat gantirugi berpuluh ribu rupee dari kerajaan.
Natha dan Budhia main-main bergaduh siapa yang akan bunuh diri, memandangkan Natha adik, dan dia lurus bendul berbanding abangnya, Natha disuruh bunuh diri.
Perbualan main-main mereka didengari wartawan tempatan yang kemudian menulis satu artikel khas mengenai plan bunuh diri Natha dalam akhbar tempatan.
Pada masa yang sama, India sedang musim pilihanraya.
YB kawasan Peepli (kampung Natha) akan bertanding menentang Menteri Pertanian India.
Berita Natha nak bunuh diri menjadi satu isu politik, sehinggakan wartawan semua berkumpul dan berkampung di kawasan rumah Natha.
Berlaku juga pertengkaran antara dua wartawan stesen TV, seorang berpendidikan Inggeris yang lebih professional dan seorang lagi wartawan cabuk yang kerjanya mencari bahan-bahan sensasi untuk penonton.
Satu gurauan bertukar menjadi isu negara dan sensasi media yang mendorong kepada pelbagai situasi lucu, tragis, dan menyentuh hati.
ader tgk kat Zee tv 2-3 minggu lepas...mmg lawak...smpi kan ker tahi natha pon leh wat briter: ...
yatt_takez Post at 24-3-2011 13:03
kann?? lawak gile ulasan..
jenis tahi mencerminkan keadaan mental seseorang..
warna tahi melambangkan perasaan dalaman..
tahi natha campuran pelbagai warna dan tekstur
kann?? lawak gile ulasan..
jenis tahi mencerminkan keadaan mental seseorang..
warna tahi mel ...
beta_carotene Post at 25-3-2011 02:03 AM
kire dasyat la keje reporter nih...smpi ker tahi pon derang leh wat berita utama......yg tak tahan tuh mak natha ker aper...mulut dier mmg puaka...maki orang jer dier tau
ader 1 scene yg mmg sedih...pak cik yg cangkol tanah depan umah sebab nak jual...last2 mati lam lubang tuh sebab penat sgt...