CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10953|Reply: 0

[Kelantan] Dendam sindiket dadah dipercayai punca letupan bom Selatan Thailand

[Copy link]
Post time 30-4-2024 03:43 PM | Show all posts |Read mode

Insiden letupan dan berbalas tembakan di Kampung Pasemas di Sungai Golok menyebabkan empat anggota polis Thailand cedera.

KOTA BHARU: Serangan bom dan tembakan yang mencederakan empat anggota polis di Kampung Pasemas di Sungai Golok, Thailand tengah malam kelmarin dipercayai berpunca daripada dendam.

Jurucakap pasukan keselamatan Thailand, berkata mereka percaya kejadian itu berlaku susulan penahanan empat lelaki yang disyaki anggota sindiket penyeludupan dadah oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Katanya, menerusi penahanan di pekan Sungai Golok itu, polis turut merampas lebih 600,000 pil dan ia rampasan terbesar sejak beberapa tahun lalu.

"Siasatan berhubung kejadian tengah malam kelmarin itu mendapati (puncanya) lebih kepada dendam atau pertelingkahan antara individu tertentu dengan polis.


"Kumpulan itu tidak berpuas hati dengan penahanan empat lelaki dan rampasan sejumlah besar pil itu," katanya.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam kelmarin, empat anggota polis Thailand cedera dalam serangan di Pasemus, Sungai Golok.

Mangsa yang semuanya berpangkat Sarjan dimasukkan ke wad di Hospital Sungai Golok.

Susulan kejadian itu, kedua-dua polis Thailand dan Kelantan mempertingkatkan pemeriksaan mereka di sepanjang sempadan.
https://www.bharian.com.my/berit ... om-selatan-thailand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.355808 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list