CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7456|Reply: 0

[Kelantan] Tanam padi organik untuk sedekah jariah

[Copy link]
Post time 2-5-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Yusri Mohammad Noor menunjukkan tanaman padi berkonsepkan alam tanpa menggunakan racun dan baja sejak hampir setahun lalu di Kampung Lubok Jambu. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Seorang kontraktor memanfaatkan tanah terbiar di sekitar rumahnya di Kampung Lubok Jambu di sini, dengan menanam padi tanpa menggunakan racun dan baja sejak hampir setahun lalu.

Mohd Yusri Mohammad Noor, 49, berkata, dia mula menanam padi varieti MR 297 pada Jun tahun lalu diatas tanah seluas dua hektar dengan kos permulaan sebanyak RM30,000.

Menurutnya, modal itu digunakan bagi membuat sistem pengairan termasuk menggunakan telaga tiub.

Katanya, projek penanaman padi tanpa menggunakan kaedah pembajaan dan racun kimia itu mampu menghasilkan padi lebih berkualiti, menyihatkan, menjimatkan sumber dan kos selain tidak menjejaskan alam sekitar.


"Penggunaan bahan kimia mengakibatkan kerosakan pada struktur tanah. Malah tanah sawah juga akan cepat kering kontang ketika ketiadaan air dan hujan," katanya ketika ditemui di Baruh Padi Alami di Kampung Lubok Jambu, di sini, tadi.

Turut hadir sama, mantan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa.

Katanya, tanah yang digunakan untuk menanam padi itu disewa daripada penduduk kampung dengan kadar bayaran RM200 bagi satu hektar tanah dan hasil tuaian pertama diperoleh pada Disember tahun lalu.

"Hasil yang diperoleh ini digunakan untuk kegunaan sendiri selain disedekahkan kepada rakan dan kenalan yang datang ke rumah bagi membolehkan mereka merasai sendiri kelainan padi yang ditanam.

"Bagi meningkatkan hasil keluaran pada tuaian kedua, saya mula menambah keluasan tanaman daripada dua hektar kepada empat hektar dan menjangkakan hasil yang diperoleh lebih dua kali ganda berbanding dengan tuaian pertama," katanya.

Mohd Yusri berkata, dia mempelajari kaedah menanam pagi daripada pakar pertanian profesional di Indonesia iaitu Aep Saepudin.

"Aep Saepudin pernah menerima Anugerah Tanda Kehormatan Satyalencana Pembangunan Bidang Ketahanan Pangan dan Pertanian daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan pernah berkongsi kepakarannya dengan petani-petani lain sehingga mampu mengeksport beras organik ke pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Belgium, Belanda, Jepun, dan Itali.

"Beras organik mempunyai permintaan yang amat baik kerana saiznya lebih panjang dan bersih hingga ia mampu dijual dengan harga setinggi sehingga RM20 sekilogram di pasaran tempatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntuk-sedekah-jariah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.084417 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list