CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8807|Reply: 0

[Kelantan] Letupan di sempadan: Polis Kelantan laksana rondaan guna kenderaan berperisai

[Copy link]
Post time 4-5-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode

TANAH milik persendirian di kawasan sempadan Kelantan-Thailand berhampiran Sungai Golok berdekatan pekan Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Pasir Mas: Polis Kelantan, semalam, mula menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan negara, susulan insiden letupan bom dan tembakan yang berlaku di Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, 29 April lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya memulakan rondaan di kawasan Tumpat sepanjang Pos Ular, Pos Simpangan, Pos Nibong, Pos Pisau Raut, Pos Naga Ibu dan Pos Kuala Jambu.

Katanya, apabila berlakunya insiden sebegini, pihaknya akan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan berkenaan.

"Kenderaan berperisai yang digunakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) ini membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota sentiasa melakukan rondaan di sempadan, selain rondaan turut dilakukan menggunakan pacuan empat roda.

"Kita membuat pengoperasian secara strategik bagi menunjukkan anggota keselamatan benar-benar memperketatkan kawalan sempadan dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna termasuk kenderaan berperisai.

"Pada masa sama, kita juga sudah menggerakkan rondaan di lokasi yang dijangkakan ada maklumat mengenai cubaan letupan bom dan sebagainya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Warna Warni Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan rasmi daripada Bukit Aman berhubung nombor pendaftaran kenderaan Malaysia yang terbabit dalam insiden letupan bom berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, siasatan awal di tempat kejadian, polis menemukan sebuah kenderaan model sedan berwarna putih yang mempunyai nombor pendaftaran negara jiran.

Katanya, susulan kejadian, pihak keselamatan Thailand memperketatkan kawalan di sempadan bagi mengelak pergerakan penjenayah secara bebas di sekitar kawasan itu.

Kejadian 12.05 tengah malam 29 April lalu turut menyebabkan empat anggota polis Thailand cedera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... daan-guna-kenderaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 8582 Replies : 65
Kisah bini lembab
YgBenarKisah bini lembab
Views : 6410 Replies : 49
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 75914 Replies : 3129
Pemilik kereta singapurapura ambil kesempatan isi minyak RON95?.Netizen gesa subsidi petrol ditarik balik secepat mungkin.Wajar atau tidak?
YgBenarPemilik kereta singapurapura ambil kesem
Views : 3940 Replies : 47
Peniaga nasi lemak pening,pelanggan order nasi 50 bungkus tetapi lambat beritahu nak asing asing bahan
YgBenarPeniaga nasi lemak pening,pelanggan orde
Views : 10378 Replies : 10
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 250373 Replies : 6319
Antara pegangan Blackrock Israel dlm negara kita.Rakyat Malaysia berbelah bagi
YgBenarAntara pegangan Blackrock Israel dlm neg
Views : 10749 Replies : 37
Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP
mojarean_XFahaman 'childfree' bertentangan
Views : 6811 Replies : 65
ZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS...
kruzamanZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS
Views : 1920 Replies : 0
Nedim nazri kat icu. Apa jadi?
KakashialNedim nazri kat icu. Apa jadi?
Views : 11781 Replies : 121

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058309 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list