CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4790|Reply: 0

[Kelantan] 'Cabar diri kuasai bahasa Temiar'

[Copy link]
Post time 16-5-2024 08:27 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Alwi (kiri) bersama rakannya dalam perjalanan ke Pos Balar, Gua Musang. - FOTO PAYA LINDA YAHYA

Gua Musang: Usaha dakwah kepada masyarakat Orang Asli tidak mudah, namun cabaran itu disahut seorang guru agama demi menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman.

Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik), Mohd Alwi Ismail, 41, yang digelar mualim oleh penduduk Orang Asli di Pos Hau dan Pos Balar sudah 14 tahun melakukan kerja dakwah.

Mengimbau kembali kali pertama menjejak kaki di kampung Orang Asli, Mohd Alwi berkata, segala-galanya terasa terlalu asing buat dirinya dan cabaran terbesar adalah komunikasi kerana bukan semua suku kaum Temiar itu faham bahasa Malaysia.

"Kali pertama sampai Pos Balar pada 2010 dan ketika itu kehadiran saya tidak diendahkan penduduk, malah dipulaukan mereka kerana dianggap orang asing.


"Untuk mendekati mereka, saya cabar diri dengan belajar bahasa Temiar yang membolehkan saya berkomunikasi secara terus dan mengambil masa selama tujuh bulan untuk mendekati serta masuk dalam komuniti mereka.

"Alhamdulillah, sekarang saya dan mereka sudah diibaratkan sebagai keluarga. Di sini selain mengajar agama, saya bersama dua lagi rakan turut menguruskan urusan pendaftaran perkahwinan Orang Asli," katanya ketika ditemui di Pos Balar.

Mohd Alwi berkata, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga yang tinggal di Dewan Beta, Kota Bharu, dia tetap menerima tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan gembira kerana semakin ramai masyarakat Orang Asli yang berminat mendalami Islam.

"Di sini saya juga mengajar asas fardu ain, Iqra dan solat kepada penduduk Orang Asli selain melakukan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah untuk berdakwah.

"Sehingga kini lebih 300 penduduk di Pos Balar sudah menjadi murid saya dan belajar agama. Ini membuatkan saya gembira dan rasa berbaloi dengan pengorbanan berjauhan dengan keluarga," katanya yang pulang menemui keluarga pada setiap tiga minggu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uasai-bahasa-temiar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.078527 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list