CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8653|Reply: 0

[Terengganu] Buruh intai wanita dalam tandas dipenjara enam bulan

[Copy link]
Post time 16-5-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Alauddin Zahid dibawa keluar dari mahkamah selepas dipenjara enam bulan kerana mengintai wanita dalam tandas pusat beli belah - Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas buruh yang mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan mengintainya di dalam sebuah tandas.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Alauddin Zahid, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 22 tahun dengan mengintai mangsa di tandas wanita di sebuah pusat beli belah di daerah ini, jam 10.05 pagi pada 13 Mei lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 13 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

https://www.bharian.com.my/berit ... ipenjara-enam-bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046004 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list