View: 5587|Reply: 0
|
Flores kecam cara Barcelona layan legenda
[Copy link]
|
|
Xavi Hernandez akan mengendalikan Barcelona buat kali terakhir menentang kelab Quique Sanchez Flores, Sevilla di Seville malam esok. – Foto REUTERS
BARCELONA: Bos Sevilla, Quique Sanchez Flores mengkritik Barcelona susulan layanan buruk mereka terhadap pemain legenda kelab selepas mereka mengumumkan semalam jurulatih Xavi Hernandez akan dipecat hujung musim ini.
Barcelona memecat Xavi hanya empat minggu selepas mengesahkan beliau akan memenuhi tahun terakhir kontraknya dan mengemudi mereka sepanjang musim depan.
Xavi mengumumkan pada Januari lalu beliau akan meletakkan jawatan pada hujung kempen kali ini namun mengubah keputusannya bulan lalu.
Flores merujuk kepada bagaimana bekas pemain Barca, Ronald Koeman dipecat pada 2021 dan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Lionel Messi tidak dapat menandatangani kontrak baharu disebabkan kewangan kelab itu yang huru-hara.
"Saya tidak patut menyatakan ini, tetapi lihatlah betapa teruknya Barcelona melayan legendanya. Sungguh teruk tindakan mereka," kata Flores kepada wartawan menjelang perlawanan terakhir La Liga musim ini menentang Barca.
"Dengan Koeman, dengan Messi, kini dengan Xavi, teruknya. Saya harap kelab melayan legenda mereka dengan baik. Ia pasti fantastik. Ia satu hubungan legasi daripada pengurus kepada penyokong. Ia banyak membantu, melayan legenda dengan baik," katanya.
"Xavi adalah seorang legenda kelab itu. Beliau memenangi liga musim lalu tetapi bola sepak mudah lupa ingatan. Beliau dipersoalkan tahun ini sejak minit pertama. Saya ragu-ragu kritikan terhadapnya tepat."
Barcelona akan menamatkan musim di tangga kedua La Liga di belakang juara Real Madrid dan Xavi kekal mengendalikan pasukan bagi perlawanan di Sevilla malam esok.
"Xavi sudah mengharungi banyak pengalaman sebagai pemain dan melakukan tugas yang cemerlang sebagai jurulatih," jelas Flores.
"Saya akan memeluknya, kami akan bersembang." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... elona-layan-legenda |
|
|
|
|
|
|
| |
|