View: 2443|Reply: 0
|
Klopp riang bercuti di Sepanyol
[Copy link]
|
|
Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilihat bersama isterinya Ulla bercuti di Mallorca, Sepanyol. – Foto GTRES/BACKGRID
LONDON: Jurgen Klopp sudah memulakan kehidupan baharu selepas meninggalkan Liverpool dan pengurus legenda itu dilihat berada di Sepanyol ketika beliau sedia melupakan dunia bola sepak.
Tempoh sembilan tahun Klopp di Merseyside berakhir dalam satu majlis perpisahan penuh emosi di Anfield Ahad lalu.
Bekas pemain dan jurulatih berusia 56 tahun itu pantas mengharungi kehidupan di luar sukan itu apabila beliau menaiki pesawat ke Majorca bersama isterinya Ulla.
MailOnline mendedahkan awal minggu ini Klopp dijangka menginap di hotel mewah lima bintang di Kepulauan Balearic.
Klopp akan menginap di Hotel Kimpton Aysla bersama isteri yang dikahwininya selama 20 tahun, Ulla, ketika mereka menunggu pembinaan vila baharu berharga £3.4 juta (RM20.38 juta).
Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menanti vila baharu di Majorca siap dibina semula sebelum dihuni. – Foto AGENSI
Rumah agam itu dianggap sebagai 'syurga keluarga ekologi', yang dibelinya pada Jun 2022 dengan harga 4 juta euro (RM20.4 juta) daripada ahli perniagaan dan artis Switzerland, Rolf Knie dan memutuskan untuk membina semula sepenuhnya.
Klopp mendedahkan minggu lalu rancangan awalnya selepas meninggalkan Liverpool adalah untuk bercuti dan menonton aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menyaksikan bekas pasukannya Borussia Dortmund.
"Bukannya saya tidak cuba banyak kali (sebelum ini untuk bercuti), tetapi saya tidak mempunyai banyak masa terluang," kata Klopp kepada laman sesawang Liverpool.
Klopp menggunakan akaun Instagram yang baru dibukanya untuk mengemaskini penyokong mengenai percutiannya yang turut termasuk bermain padel, satu permainan gabungan tenis dan skuasy.
"Apa yang saya lakukan? Mencuba permainan baharu," kata Klopp dalam satu kapsyen di video hantarannya.
Jurgen Klopp mencuba permainan baharu padel - gabungan antara sukan tenis dan skuasy di Mallorca. – Foto Instagram kloppo
"Lima hari lalu ucapan selamat tinggal," kata Klopp. "Saya masih cuba memproses segala-galanya, apa yang berlaku hari itu dan kemudian hari berikutnya. Agak berjaya menyesuaikan diri sekarang.
"Saya pasti jika saya tidak menyatakannya dengan jelas, terima kasih, terima kasih atas segala-galanya.
"Terima kasih kerana kasih sayang, terima kasih atas sokongan, ia satu hari yang menakjubkan.
"Satu pengalaman terbaik yang saya boleh bayangkan, amat terpesona."
MailOnline mendedahkan minggu ini Klopp dan isterinya menjadi ahli kehormat di kelab eksklusif, Mallorca Country Club. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... bercuti-di-sepanyol |
|
|
|
|
|
|
| |
|