Edited by sfhzuraz at 11-1-2025 08:44 PM
Gempur Teknikal: JPJ keluar 22,201 notis ke atas kenderaan perdagangan
11 Januari 2025 07:36pm
Anggota JPJ menunjukkan keadaan tayar sebuah lori dalam Ops Gempur Teknikal di Plaza Tol Gemuruh baru-baru ini.
BUTTERWORTH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 22,201 notis ke atas kenderaan perdagangan dalam Operasi Khas ‘Gempur Teknikal’ yang dijalankan di seluruh negara bagi tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan.
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan,Datuk M Jana Santhiran berkata,operasi itu dijalankan sejak 25 Disember lepas terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-kaedah.
"Sepanjang operasi berkenaan sehingga ke hari ini, sebanyak 88,034 kenderaan perdagangan telah diperiksa, 22,201 notis dikeluar, kenderaan diambil tindakan (9,661) dan 77 buah telah disita.
"Berdasarkan kepada notis kesalahan yang dikeluarkan sepanjang ops itu, pihak JPJ telah mengesan hampir 7,000 kenderaan perdagangan melakukan kesalahan teknikal seperti tidak selenggara kenderaan dengan baik, tayar tidak mengikut spesifikasi, tidak jaga tayar dengan baik atau haus berlebihan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
]
Anggota JPJ memeriksa berat muatan sebuah lori dalam Ops Gempur Teknikal di Plaza Tol Gemuruh. Foto Bernama
Terdahulu, beliau menyertai Operasi Bersepadu 'Gempur Teknikal' Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di Plaza Tol Sungai Dua (Arah Selatan) di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Jana Santhiran berkata, JPJ juga telah mengadakan Ops Khas Puspakom bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seluruh negara mematuhi standard yang ditetapkan.
Menerusi ops berkenaan, pihak JPJ memeriksa 37 Puspakom di seluruh negara dan hasil daripada pemeriksaan ke atas 4,945 kenderaan, 1,093 telah diambil tindakan, 21 di sita dan notis kesalahan sebanyak 1,640 dikeluarkan, tambah beliau.
Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan dan JPJ tidak akan berkompromi terhadap pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan-peraturan sedia ada yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/706636/berita/semasa/gempur-teknikal-jpj-keluar-22201-notis-ke-atas-kenderaan-perdagangan
|