CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44961|Reply: 0

[Kedah] Penduduk Baling buat solat hajat susulan misteri punca 10 kebakaran

[Copy link]
Post time 12-1-2025 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Baling buat solat hajat susulan misteri punca 10 kebakaran

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Januari 12, 2025 @ 10:24am [email protected]




Kebakaran pada 25 Disember lalu yang menyebabkan sebuah rumah musnah, selain kereta dan motosikal milik penduduk di Kampung Bukit Terabak, Kupang. - Foto ihsan bomba





ALOR SETAR: Penduduk Baling mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan keamanan, susulan 10 kebakaran harta dan rumah penduduk secara berturut-turut dalam tempoh sebulan dalam kawasan Kupang.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Abd Ghani Zainudin, berkata amalan solat hajat adalah usaha memohon pertolongan Allah SWT dan sememangnya digalak dilakukan umat Islam yang kesusahan.

"Ya, ada surat arahan oleh pegawai agama daerah itu mengajak orang ramai memohon kepada Allah melakukan perkara baik dan bukan untuk melakukan kesalahan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

"Selagi ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, saya rasa tidak ada masalah untuk memohon bagi kebaikan bersama," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Beliau mengulas mengenai tular surat rasmi Pejabat Agama Baling yang mengarahkan pihak masjid di daerah itu mengadakan solat hajat susulan kejadian kebakaran yang membabitkan 10 rumah penduduk.

Abd Ghani berkata, kejadian kebakaran itu amat membimbangkan penduduk setempat kerana berkemungkinan insiden ini membabitkan unsur khianat dan jenayah.

"Sehubungan itu, Pejabat Agama Daerah Baling mengarahkan agar pihak masjid di daerah ini menganjurkan solat hajat secara berjemaah, arahan seperti tertera dalam surat yang bertarikh 5 Januari itu," katanya.

Dalam surat yang ditandatangani Pegawai Agama Baling, Hakimin Hassan, meminta solat hajat itu dianjurkan selepas solat Jumaat kelmarin.

Tujuan solat hajat itu diadakan adalah untuk memohon kepada Allah agar keselamatan penduduk sekitar terjamin serta semua urusan pihak berkuasa dan petugas keselamatan dipermudahkan.

Selain itu, sekiranya terdapat unsur jenayah, pihak berkuasa diberikan kekuatan dan kemudahan untuk menyelesaikan perkara ini dengan adil dan baik.

Media sebelum ini melaporkan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang di sini runsing memikirkan misteri kebakaran yang didakwa berlaku secara berturut-turut di enam lokasi sejak hujung bulan lalu.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar, berkata kejadian itu menimbulkan kebimbangan serta mengundang keresahan penduduk yang tinggal di kampung terlibat.

Katanya, kebanyakan kebakaran membabitkan motosikal diletakkan di hadapan rumah mangsa, selain terdapat juga kejadian api merebak sehingga menyebabkan kereta dan rumah turut terbakar.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1348195/penduduk-baling-buat-solat-hajat-susulan-misteri-punca-10-kebakaran





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041850 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list