CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23952|Reply: 1

[Kedah] PGA rampas barangan diimport tanpa cukai bernilai RM1.2 juta

[Copy link]
Post time 13-1-2025 01:44 AM | Show all posts |Read mode
PGA rampas barangan diimport tanpa cukai bernilai RM1.2 juta

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 12, 2025 @ 9:53pm [email protected]





KULIM: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 merampas pelbagai barangan termasuk pakaian, alatan kenderaan, barangan kosmetik serta barangan lain tanpa dokumen sah dan meragukan bernilai RM1.2 juta.

Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim, berkata rampasan itu dilakukan selepas sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 2 PGA Kulim menahan treler warna merah yang dipandu seorang lelaki tempatan di tepi jalan Kuala Ketil berhampiran dengan stesen minyak Bandar Baru Puteri Jaya, Sungai Petani jam 3.30 petang semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di belakang treler itu menemui pelbagai baju, selipar, alat ganti motosikal, makanan, pewangi dan barangan lain yang diimport dari negara jiran.

"Pihak polis mengarahkan pemandu berusia 49 tahun itu untuk mengemukakan dokumen kelulusan dan butiran barangan yang dibawa bagi tujuan pemeriksaan tetapi suspek gagal menunjukkan dokumen berkenaan.


"Pemeriksaan mendapati, semua barangan itu tidak mempunyai cukai Kastam dan nilai keseluruhan barangan termasuk lori treler berkenaan adalah RM2 juta yang mana treler itu bernilai RM810,000.

"Suspek bersama semua 67 item barangan itu kemudian dibawa ke Pejabat Kastam Sungai Petani untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Kem Batalion 2, PGA, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Pemerintah Batalion 2, PGA, Superintendan Ismail Sidek.

Sharum berkata, antara barangan terbabit yang dirampas adalah 194 kotak pakaian bernilai RM534,100; 115 kotak alat ganti kenderaan (RM262,230), 910 kotak barang kosmetik serta makanan tambahan bernilai RM369,466 dan makanan haiwan seberat 508 kilogram bernilai RM25,400.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan lelaki terbabit adalah dengan meletakkan baju, selipar serta seluar serta ratusan guni yang mengandungi pakaian manakala timbunan kotak yang mengandungi barang kosmetik serta makanan tambahan dan alat ganti kenderaan itu di bahagian belakang.

"Ia bertujuan untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa.

"Siasatan awal juga mendapati, hanya sebahagian kecil sahaja yang diisytiharkan dikenakan cukai selebihnya kita tidak menerima dokumen pengesahan barangan terbabit," katanya.

Sharum berkata, ia adalah rampasan pertama terbesar tahun ini oleh PGA Batalion 2 ke disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.




Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim (tengah) pada sidang media rampasan pelbagai barangan diimport dari negara jiran bernilai RM1.2 juta. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2025 01:46 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039065 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list