CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29745|Reply: 1

[Pulau Pinang] Gamuda menang pakej kerja LRT Pulau Pinang bernilai RM8.31 bilion

[Copy link]
Post time 13-1-2025 09:18 PM | Show all posts |Read mode
Gamuda menang pakej kerja LRT Pulau Pinang bernilai RM8.31 bilion

Oleh Mohd Zaky Zainuddin - Januari 13, 2025 @ 6:14pm [email protected]




Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Timbalan Pengarah Urusan Gamuda, Datuk Ir Ha Tiing Tai (tiga dari kiri) yang mewakili SRS Consortium dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim - Foto ihsan Gamuda





KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd menerusi anak syarikatnya dengan pemilikan 60 peratus pegangan, SRS Consortium Sdn Bhd, dianugerahkan pakej kerja awam pertama untuk projek Laluan Mutiara Pulau Pinang (MLT) oleh MRT Mutiara Sdn Bhd bernilai RM8.31 bilion.

Dalam satu kenyataan, Gamuda berkata, anugerah kontrak reka bentuk yang diperoleh daripada anak syarikat MRT Corporation Sdn Bhd menandakan pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan di Pulau Pinang.

"Sebagai kontraktor utama kerja sivil bagi segmen pertama MTL, skop kerja meliput jejambat bertingkat sepanjang 23.7 kilometer (km) dari Komtar ke Pulau A bagi Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR)," katanya.

Menurut kenyataan itu, anak syarikat Gamuda turut membangunkan 19 stesen (di atas tanah) dan satu stesen sementara di Pulau A PSR.


"Selain itu, sebuah depoh akan dibangunkan di Pulau A PSR untuk penyelenggaraan ringan dan berat dan pembinaan struktur tambahan, 'park and ride', pemindahan utiliti dan perkhidmatan, bangunan utiliti, kerja permukaan luaran serta kerja-kerja berkaitan lain," katanya.

Gamuda berkata, penganugerahan itu mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan teknikal dan rekod pencapaian kumpulan dalam melaksanakan projek infrastruktur kompleks, baik di dalam mahupun luar negara.

"Laluan Mutiara Pulau Pinang adalah pembangunan transformasi bagi landskap pengangkutan awam Pulau Pinang, dan kami komited untuk melaksanakan projek ini mengikut bajet serta menepati masa yang ditetapkan," katanya.

Gamuda berkata, projek itu dijadualkan siap dalam tempoh enam tahun selepas Notis Untuk Mula Kerja dikeluarkan, dengan matlamat meningkatkan kesalinghubungan dan menyokong pelan induk pengangkutan komprehensif Pulau Pinang yang direka untuk memenuhi keperluan mobiliti dan pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/01/1348798/gamuda-menang-pakej-kerja-lrt-pulau-pinang-bernilai-rm831-bilion





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 09:26 PM | Show all posts
wah..... share bursa mesti naik. pemegang saham boleh start kira untung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.120076 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list