CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7232|Reply: 0

[Kedah] Kedah wajibkan tulisan jawi pada papan iklan

[Copy link]
Post time 14-1-2025 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Kedah wajibkan tulisan jawi pada papan iklan

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




SUASANA papan iklan di Bandaraya Alor Setar yang di tulis dengan tulisan rumi dan jawi. FOTO Wan Nabil Nasir





Alor Setar: Kerajaan negeri bercadang mewajibkan penggunaan tulisan jawi sebagai tulisan kedua selepas rumi, pada setiap papan iklan serta papan tanda di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, bahasa lain juga boleh diguna sebagai tulisan ketiga pada papan iklan.

Bagaimanapun katanya, penggunaan gambar wanita yang mencolok mata pada papan iklan adalah dilarang.

"Mengikut cadangan, kita akan melarang papan iklan menggunakan gambar atau visual bahan larangan dan berbaur hasutan, berbaur perkauman serta memaparkan senjata berbahaya.


"Kita cadang semua itu dikuatkuasa kepada papan iklan dan iklan di premis di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mansor berkata, usaha itu adalah antara alternatif kerajaan negeri memartabatkan tulisan jawi seiring dengan undang-undang kecil negeri menggalakkan penggunaan tulisan jawi.

"Kita dah ada undang-undang kecil menggalakkan penggunaan tulisan jawi.

"Bermakna semua papan iklan digalak menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan kedua," katanya.



Disiarkan pada: Januari 14, 2025 @ 8:33am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1176374/kedah-wajibkan-tulisan-jawi-pada-papan-iklan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.035002 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list