|
RANAU: Seorang pendaki warga emas meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu, semalam.
Lelaki tempatan berusia 65 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri di Kilometer 5.5 Gunung Kinabalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.11 petang.
Sepasukan enam pegawai dan anggota termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung (MoSAR) serta malim gunung dan anggota ParkSAR dikerah ke lokasi.
"Pendaki kemudian dibawa turun menggunakan 'robinson stretcher' sehingga ke Timpohon Gate.
"Sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dihubungi, hari ini.
Sumber – Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|