CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8835|Reply: 77

[Jenayah] "Macam Haram", "Sebijik Haram Sial", "Cam Celaka" - Suka Dimaki Hamun Sebab Love Language, Risiko Keganasan Rumah Tangga!

[Copy link]
Post time 12-2-2025 08:23 AM | Show all posts |Read mode


Netizen risau melihat hantaran seorang  gadis yang menganggap ucapan kasar dari kekasih sebagai satu bentuk luahan kasih sayang kepadanya.

Menerusi tangkapan layar yang dikongsikan seorang pengguna X dikenali sebagai natasha anuar, dia telah menzahirkan rasa bimbang dengan pemikiran seorang gadis yang dimaki hamun oleh seseorang dipercayai kekasihnya di ruangan WhatsApp.

Netizen risau lihat gadis suka dimaki kekasih

Dalam posting tersebut, individu dipercayai kekasih kepada gadis berkenaan menegurnya kerana memakai pakaian yang agak singkat, namun menggunakan kata-kata yang cukup kasar.

Lebih membingungkan sudah tentu kenyataan gadis tersebut dimana teguran kasar yang diterima menjadi punca dia masih menyayangi lelaki terbabit.

“Sebab mengapa saya masih menyayanginya,” tulis gadis tersebut.

Netizen risau dengan pemikiran remaja sekarang

Pengguna X berkenaan turut memuat naik beberapa komen yang diperoleh dari TikTok gadis berkenaan dan ada beberapa di antara mereka mengakui suka dengan tindakan yang dilakukan kekasih gadis tersebut.

Ujar mereka, walaupun bahasa digunakan agak kasar, namun bukan senang untuk mencari seorang lelaki yang boleh menegur mereka supaya menjadi lebih baik.

Pelik-pelik betul budak zaman sekarang

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian netizen di media sosial kerana masing-masing meluahkan rasa risau dengan pemikiran remaja kini ketika sedang bercinta.

Mereka juga mengatakan risiko untuk berlaku keganasan dalam rumah tangga apabila berkahwin nanti cukup besar kerana belum berkahwin lagi seorang lelaki sudah bebas memaki hamun pasangannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2025 08:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2025 08:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2025 08:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2025 08:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 08:29 AM | Show all posts
Kalau kena belasah lepas kahwin nanti jangan nak mengadu kat platform X ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2025 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape bangang ayat jangan sia siakan dia okey tu..
Ee...kalau dah kawen.
Maki.anak.pakai.bahasa ni..pastu anak pung ikut .dan berterusan ke cucu cicit
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 08:40 AM | Show all posts
suka hati la ko dik, nak sangat yang jenis memaki hamun..nanti dah kawin jangan menyesal pulak kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 09:04 AM | Show all posts
belum kawen, kentut pon wangi...

lps kawen baru tersedar realiti hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 12-2-2025 08:29 AM
Kalau kena belasah lepas kahwin nanti jangan nak mengadu kat platform X ya

Love language maaa...uols apa tau????hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang lain punya selera, tokey cari yang susah hati gajikan editor buka thread guna ayat cliché netizen this, netizen that... Jom bagi sokongan.


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:17 AM | Show all posts
iman_kasih replied at 12-2-2025 09:06 AM
Love language maaa...uols apa tau????hahaha

dulu-dulu love language siap buat lirik lagu..sampai sekarang kita dengar lagu2 jiwang 90an yang mendayu sampai meleleh airmata. Sekarang love language taraf Mafia, Yakuza, Along style. Jangan esok2 jumpa body dalam longkang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:21 AM | Show all posts
aku tak rasa mamat tu betul2 sayangkan minah ni.  tp minah ni yg over sayang kat die.  kirenye minah ni feed his ego la kekdahnye, tengok ni ha aku maki-maki gf aku pun dia still nak kat aku.  dan aku speku minah ni samada tak lawa low self-esteem atau takde father figure dalam life dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:27 AM | Show all posts
sanggup eh kena maki demi berbofren. ai kenot brain
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm forumer terpaling sekor tu hari2 maki menghina dlm diary forum

Ujung2 mental

Mungkin dia juga penangan kena maki

Jiwa berlubang
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Fetish org ni mmg pelik.. Hurm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 10:28 AM | Show all posts
before serumah mmg la rs relax lg.
nti dh kawen, hari2 hadap makian, br rs cmna.
anxious, overthinking.
belum apa2 dk rs kna pleased laki tu sbb nk elak kna maki, kna carut.
sakit telinga, sakit hati spanjang masa dengaq bhs kasar n carutan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap tak paham. Laki tu suka ke tak baju budak tu? Dia cakap singkat ke tak cukup singkat? Akak tak paham bahasa bebudak sekarang dik. Sib baik akak and laki akak speaking omputih
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:37 AM | Show all posts
budak2 skrg ni aku dengar bahasa perbualan memang mcm ni kot..
sikit, eh sial..
apa benda ni babi...
aku kalau dengar anak aku cakap mcm ni, memang kena cili la
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:52 AM | Show all posts
bagus ni...tahan maki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.161280 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list