View: 8971|Reply: 16
|
[Tempatan]
"The Fact That There's No Bacon In Malaysia" - Burger Five Guys Dekat UK Tak Sedap Macam Dekat Malaysia!
[Copy link]
|
|
![](https://assets.thevocket.com/sites/1/2025/02/IMG_6498-1280x640.jpeg)
Baru-baru ini, seorang wanita dan keluarganya yang juga berasal dari United Kingdom merakam video ulasan mencuba makananan francais restoran terkena Five Guys yang sedia menyajikan menu Barat seperti burger dan kentang goreng.
Dia mendedahkan sudah pernah merasa di cawangan Kuala Lumpur, Malaysia dan kini baru berpeluang mencuba di tempat kelahirannya sendiri.
“Saya sangat menyukai Five Guys di Malaysia,” katanya.
Oleh itu, dia mahu membandingkan rasa penawaran makanan di antara cawangan di Malaysia dengan UK.
Terdapat perbezaan penawaran senarai menu di sana yang mana jauh lebih variasi berbanding di Malaysia.
Namun, dari segi rasa, mereka sekeluarga bersependapat burger yang ditawarkan di UK tidak sedap sama sekali dan meluahkan rasa hampa selepas gigitan pertamanya. Jelasnya burger Five Guys di Malaysia jauh lebih sedap dan kentangnya juga tidak mempunyai sebarang rasa.
Perkara yang paling ketara yang menjadikan Malaysia jauh lebih bagus apabila diberi sos barbeku sementara di UK hanya diletakkan mayonis semata-mata yang pasti tidak dapat menaikkan lagi keenakkan burger itu.
Dia turut berkata di negaranya sedia ditawarkan bersama daging bacon tetapi rasanya langsung tidak memberi kesan seperti versi halal di Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, mereka masih berpendapat Five Guys di negaranya sendiri adalah teruk dan meluahkan rasa tidak sabar untuk datang ke Malaysia demi menikmati burger dan kentang goreng yang lebih sedap.
Video yang dimuatnaik menerusi TikTok langsung meraih perhatian netizen tempatan dan ramai meninggalkan komentar yang meminta mereka untuk cuba burger kebanggaan ramai iaitu Ramly apabila sudah kembali ke Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Asal nama netizen auto bodoh eh? Ko suruh dia makan sampah demi konten pun dia akan puji melambung ko tau tak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala borinknya content ginih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen msia klu ada kokesen memuji msia ya ampun penuh kat comment kena serbu dgn netizen pprt ni huh dah tentu kokesen yg buat content ni tahu sgt perangaii sakaii netizen msia klu dorg puji msia, tu yg byk content creator kokesen suka buat content puji msia tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul kot. Mcm KFC, McD <---- ramai Malaysian yg duduk US kata yang Malaysia lagi sedap!
Satu lagi MILO <--- yg Malaysia lain rasanya banding dgn MILO dari Mexico or negara lain. MILO dari Singapore 90% rasa mcm yang Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 13-2-2025 01:28 AM
Betul kot. Mcm KFC, McD
Betul!!! Pegi negara berbeza, milo pun rasa lain2… |
|
|
|
|
|
|
|
Kokusen ni mostly akan rasa malu malu setelah datang jauh2 tapi nak makan cari fast food. Yang masuk tu macam penakut gitu. Kalau takut nak makan local food, makan local burger pun complain memang kena cerca tu pasal wajib lah puji.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak gain traction ka dok puji2 mesia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kut berjalan negara org then makan benda yg mmg ko boleh makan kat negara sendiri, tu mcm rogii la uii
tu pasai meols kut pi memana, takde nak cari makanan mulayu
ko travel sbb nak bask in the culture, the food bagai
tp jaman socmed ni , as long as ko boleh buat content jurrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ber beza setiap negara ada regulation food nutrition... Malaysia taste bud rich dengan seasoning.. dressing dip and sauce ... Certain country fast food bland... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bab foriegner puji msia mula la nak viral nak...urrrgghhhh..meluatnya bnde cmnih... |
|
|
|
|
|
|
|
Alaa bosan la acik2 porem...org luar puji malaysia xleh, org kita pi negara dorg sambil memuji boleh pulak kan..but betul la tak payah masuk isu semasa benda2 bisnes as usal nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Makanan kita banyak yang halal. Mungkin sedap kat situ kot. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 13-2-2025 01:28 AM
Betul kot. Mcm KFC, McD
Ini betul… staff sister-co weols baik dari UK atau LA depa kata McD kat Malaysia lagi sodap, kat sinidepa hari2 bedal burgers pun x bosan |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa tourist paling ikhlas adalah mamat brit yg kne masuk lokap sbb rosakkn palang parking. Pastu komplen malaysia xde human rights.
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|