CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28104|Reply: 2

Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia - Kor Ming

[Copy link]
Post time 13-2-2025 12:22 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Hari Sabtu terakhir setiap bulan September, diisytiharkan sebagai Hari Cuci Malaysia yang dianjurkan bagi menangani isu pencemaran sisa dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pembersihan awam.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata penetapan hari itu yang sudah dipersetujui Jemaah Menteri dan diterajui kementeriannya di seluruh negara.


Beliau berkata, bagi penganjuran tahun ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasar untuk menarik penyertaan 100,000 peserta, termasuk pembabitan murid sekolah melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM).


"Hari Cuci Malaysia akan dilaksanakan dengan pendekatan secara menyeluruh (whole of nation) membabitkan kementerian, jabatan, agensi persekutuan, kerajaan negeri dan tempatan, institusi pendidikan serta badan swasta mengikut kesesuaian dan kapasiti masing-masing.


"Ia adalah selaras dengan inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan 20 September sebagai Hari Pembersihan Sedunia bagi menangani isu pencemaran sisa yang semakin meningkat dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pembersihan awam," katanya melalui kenyataan, hari ini.


Pada masa sama Kor Ming berkata, melalui inisiatif terbabit, kerajaan berhasrat menaikkan lagi imej Malaysia sebagai negara yang bersih dan aman.


"Ia penting supaya kita dapat terus menawan hati pelancong dari seluruh dunia, apatah lagi Malaysia kini menjadi antara destinasi pelancongan pilihan utama," katanya.


Kor Ming berkata, pelaksanaan Hari Cuci Malaysia pada tahun lepas mencatatkan tiga rekod nasional baharu dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya menarik seramai 58,007 bilangan peserta di seluruh negara.


Selain itu katanya, pelaksanaan program itu juga mengumpul kutipan sisa pepejal terbanyak dalam masa sehari iaitu 4,645.5 tan metrik dan pelaksanaan aktiviti gotong-royong paling lama iaitu selama 12 jam.


"Melalui sasaran penyertaan 100,000 orang ramai termasuk murid, kita mahu budaya mengamalkan kebersihan yang amat penting ini dididik kepada anak-anak sejak kecil bagi menjaga kebersihan awam bersama-sama.


"Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya," katanya.


Sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..bab ni i support kor ming..baru je smlm sembang dgn my husband pasal ni masa lalu kat Persiaran Timur putrajaya...sakit hati betul tgk sepanjang jln penuh sampah...jln tu under majlis sepang..mmg beza betul dgn jln under putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 04:15 AM | Show all posts
baguslah.. tp dahulukan yg kritial dulu ye,  
sungai yg tercemar tu byk dari kilang2 tokey penderma (political donor) korang juga ye..

contoh kes sungai kim-kim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035898 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list