CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12860|Reply: 0

[Tempatan] Dr. Fatima bukan sahaja cantik tetapi berbakat

[Copy link]
Post time 13-2-2025 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-2-2025 12:07 AM




Dr. Fatima bukan sahaja cantik tetapi berbakat

  • Oleh KOSMO!
  • 13 Februari 2025, 11:44 am




Antara gambar Dr. Fatima yang tular di media sosial ketika menjadi penterjemah dan penasihat Erdogan.


PETALING JAYA – Lawatan rasmi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia selama dua hari yang berakhir kelmarin menjadi perhatian rakyat bahkan seluruh dunia.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan pengguna media sosial adalah kehadiran seorang wanita sebagai penterjemah dan penasihat Erdogan sepanjang lawatan berlangsung.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Dr. Fatima Gulhan Abushanab menjadi perhatian kerana mempunyai wajah yang anggun persis seperti seorang model.
Dengan mengenakan hijab dan pakaian rasmi ketika berada disamping Erdogan, Fatima menerima pujian melambung bukan sahaja dari rakyat Malaysia malah dari negara jiran, Indonesia juga.

“Lawa orangnya, latar pendidikan pun luar biasa. Sesuai dengan namanya, memang wanita yang hebat,” komen Muhammad Shahir.

“Masha Allah cantiknya Dr. Fatima. Bukan sahaja cantik, tetapi sangat berbakat besar. Kita tak tengok presiden tapi tengok penterjemah dia,” komen Cik Rose.

Cantik banget (sangat). Tidak sabar mahu lihat hadir ke Indonesia. Salam pertemuan,” komen Fendy. Lebih mengagumkan, Fatima mempunyai latar belakang pendidikan dalam hubungan antarabangsa.

Beliau merupakan graduan Universiti George Mason; Universiti Georgetown dan Universiti Ankara Yildirim Beyazit. Dr. Fatima juga merupakan anak kepada wanita hebat iaitu Dr. Marwa (Merve) Safa Kavakci.

Dr. Merve juga merupakan sahabat baik kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bukan itu sahaja, Dr. Merve merupakan Ahli Parlimen berhijab pertama di Turki pada tahun 1999 dan pernah menjadi Duta Turkiye di Malaysia dari 2017 sehingga Jun 2022. – KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.029683 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list