View: 20435|Reply: 30
|
[Tempatan]
Projek KB Sentral: Delay lagi?
[Copy link]
|
|
Edited by BicaraHatiku at 13-2-2025 11:02 PM
KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri berdepan kesuntukan masa untuk memastikan KB Sentral dapat beroperasi seperti dijadualkan pada 2027.
"Kita telah meminta syarikat berkenaan memberikan keputusan sama ada ingin meneruskan projek ini tanpa sebarang rundingan lanjut atau menyerahkannya kembali kepada kerajaan negeri. Surat telah dihantar untuk mendapatkan jawapan, dan kita telah menetapkan tempoh tertentu untuk projek ini disiapkan.
"Jika Perak Transit masih cuba berbincang mengenai syarat tambahan, kita akan berikan satu tarikh akhir dan jika tiada keputusan konkrit, kerajaan negeri sendiri akan mengambil alih pembinaan ini," katanya kepada pemberita ketika mengulas perkembangan projek KB Sentral dalam sesi dialog sempena Majlis Mahabbah Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Media, di sini, malam tadi.
Mohamed Fadzli menegaskan, kerajaan negeri masih bertolak ansur namun projek itu perlu disiapkan segera.
Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan untuk meremehkan keupayaan Perak Transit yang sebelum ini berjaya melaksanakan banyak projek lain.
"KB Sentral mempunyai banyak komponen stesen bas, kompleks beli-belah, kediaman dan sebagainya. Tetapi fokus utama kita adalah stesen bas terlebih dahulu manakala komponen lain boleh menyusul kemudian," katanya. - BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukannya nak buat macam KL Sentral pon. Lombab betul kerajaan serambi mekah ni. Macam semua benda tak pandai |
|
|
|
|
|
|
|
Kandang Babi kettewww?![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Projek simple je pun payah nak settlekan.
Memang lembab macam siput! |
|
|
|
|
|
|
|
wahai anak2 negeri kelantan yg berada di negeri lain. baliklah, ke negeri serambi mekah angkat cangkul rata kan tanah, gaulkan simen bina dinding...berkorbanlah demi mempertahankan kemaluan pemerintahan ulama PAS di kelantan. berkorbanlah harta, masa dan kudrat demi ulama PAS di Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
projek apa kerajaan negeri ni berjaya buat?
harap tak bebankan kerajaan persekutuan kemudian hari macam lebuhraya rakyat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Apoo at 15-2-2025 12:29 AM
airmineral replied at 14-2-2025 09:31 AM
projek apa kerajaan negeri ni berjaya buat?
harap tak bebankan kerajaan persekutuan kemudian hari ma ...
Itu mmg SOP mereka. Umum projek, buat majlis perasmian, letak batu asas, lepas tu biar. Bila org komplen tak siap, salahkan DAP & kerajaan pusat. Claim tak dapat royalti. Penyokong2 pun angguk mcm burung belatuk dgn taat. |
|
|
|
|
|
|
|
Rundingan je bertahun2...kalau start gali tapak agaknya berapa kurun pula siap..itu belum lagi masuk terminal dan bangunan2 keliling tu..takkan berabad pula time tu kau pun entah wujud ke tidak nak merasa sedikit kemudahan di dunia yg fana ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 15-2-2025 12:28 AM
Itu mmg SOP mereka. Umum projek, buat majlis perasmian, letak batu asas, lepas tu biar. Bila org k ...
Betol. Kerja Dorang komplen dan salahkan pihak lain je. Tak habis2 ungkit pasal royalti. DH 30 tahun tengok gitu je. Bagi dana puluhan juta pun xtau buat apa. Buat terminal bas je pun lembab. Mana dia cerdik pandai anok jati Klate. |
|
|
|
|
|
|
|
takde nampak projek ni dalam pembinaan pun.. ke dah mula? |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 15-2-2025 11:48 AM
Betol. Kerja Dorang komplen dan salahkan pihak lain je. Tak habis2 ungkit pasal royalti. DH 30 tah ...
Sama juga org kelantan yg jd penjawat awam |
|
|
|
|
|
|
|
Janji kelantan still milik melayu kalo nak compare penang n kl tu rata2 pemilikan org cina or bangsa asing je smua..org melayu sana dok merempat je even nama je tanah melayu .keciann |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 15-2-2025 03:23 PM
Janji kelantan still milik melayu kalo nak compare penang n kl tu rata2 pemilikan org cina or bangsa ...
Melayu semua pun kalau lembab dan semua nak kena suap tak jadi apa jugak kak dio. Semua merenyut mai kl Selangor pinang cari kerja. Modal tu jela korang kalau nak kondem. Balik2 soal tanah. Bangga tanah sendiri. Ada rumah sendiri tanah sndiri tapi tak bangunkan hnya kepentingan sendiri buat gapo kak dio. |
|
|
|
|
|
|
|
Projek2 yg lambat siap n terbengkalai mmg bukan salah kerajaan negeri pun. Semua atas pemaju. Tapi macam mana pemaju tu dapat projek pada mulanya tu boleh la dipersoalkan. Dah x mampu jangan la nak suka2 buat projek besar2..pasni boleh la blacklist syarikat camni |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 15-2-2025 04:33 PM
Melayu semua pun kalau lembab dan semua nak kena suap tak jadi apa jugak kak dio. Semua merenyut m ...
Bangga ada tanah padahal itu hasil tanah pusaka yang diwarisi. Entah mereka mampu atau tidak beli tanah sendiri jika bergantung kepada gaji sendiri. Yang duduk selesa tu rata-ratanya pekerja gomen atau glc sahaja. Setakat kerja makan gaji di company kecik gaji pun kecik aje. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 15-2-2025 05:38 PM
Bangga ada tanah padahal itu hasil tanah pusaka yang diwarisi. Entah mereka mampu atau tidak beli ...
Eh betholll ni. Rata2 semua tanah pusaka. Anak cucu tinggal duduk dengan kaut hasil nenek moyang tanam duyan. Haha aku tengokla video dorang ada sorang influenza Kelantan ni bangga la healing2 petang cara ore Klate yg ada tanah sndiri kopek buah durian fresh dr kebun sendiri. Masa tu TGH kecoh nak pilihan raya. Dok sindir2 org KL rumah mcm burung merpati. Padahal banyaknya ummah serambi Mekah yg menyewa sini. Puihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 15-2-2025 03:23 PM
Janji kelantan still milik melayu kalo nak compare penang n kl tu rata2 pemilikan org cina or bangsa ...
Melayu KL merempat..?
Maksudnya:
a)melayu asal KL atau,
b)melayu yang berhijrah ke KL sebab negeri asal sendiri tak mampo memberi peluang pekerjaan kepada rakyat?
Untuk makluman hang, dalam KL ni banyak jer tanah orang melayu dibangunkan (dibacakan perumahan), supaya orang luar KL boleh memiliki rumah.
Melayu KL tidak racist.
Untuk hang supaya tidak gagal faham, tanah milik melayu dalam KL ni bukan sekadar tanah rizab melayu semata ye. Tanah rizab kami simpan utk generasi depan.
Berlainan pula kesahnya tanah Kelantan tu hanya milik melayu kelantan jer. (itu yang dibanggakan)
Jangankan kata cina... sesama melayu negeri lain pun dah racist, tak bagi ruang langsung. Ujungnya hidup dalam kelompok yang sama sampai bila².
Tuhan suruh hidup atas bumi untuk berkenal² dengan berlainan suku/bangsa, bukannya racist.
Tapi aneh, menaku isele... kerajae isele... motto pun membangun bersama isele. How?
Mari berfikir luar kotak sejenak, jika Selangor atau WPKL racist macam Kelantan, agak² boleh maju macam sekarang ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 15-2-2025 04:33 PM
Melayu semua pun kalau lembab dan semua nak kena suap tak jadi apa jugak kak dio. Semua merenyut m ...
Nasib baik ade org pantai timur pi kerje kat luar negeri.kalo harapkan penduduk asal situ byk yg dah takde tanah..mampu beli flat je la![](static/image/smiley/default/lol.gif) stiap kali raya, kl n sel n penang penuh dgn bangla n warga asing ja.. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 15-2-2025 09:08 PM
Melayu KL merempat..?
Maksudnya:
Nmpk sgt buta sejarah n fakta pon kelaut..nama asl msia persekutuan tanah melayu..pemilik asal org melayu. Top10 bilionaire org cina..so celah mana melayu rasist so kalau mempertahankan hak sdiri dikatakan rasis, mmg otak ko ni jumud btul![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|